Cara Daftar Grabfood untuk Rider & Kedai (Merchant)

Maul Mac 24, 2024

Cara daftar grabfood boleh dilakukan dengan melayari laman web rasmi grab, artikel ini akan membahas secara terperinci cara daftar grabfood.

Dalam era digital ini, pesanan makanan secara atas talian semakin popular di kalangan masyarakat.

Dengan teknologi yang semakin maju, aplikasi penghantaran makanan seperti GrabFood semakin digemari.

Bagi peniaga kecil, GrabFood juga menjadi platform untuk meningkatkan jualan makanan mereka.

Oleh itu, artikel ini akan membincangkan cara-cara untuk mendaftar sebagai peniaga GrabFood bagi menjana pendapatan tambahan dan meningkatkan jualan makanan.

Cara Daftar Grabfood Rider

Jika anda berniat menjadi rider untuk grabfood, sila lihat artikel ini dengan sekmasam.

Kelayakan Grabfood Rider

Sebelum anda register rider grabfood, anda harus ketahui dahulu kelayakan grabfood rider termasuk:

  • Mempunyai telefon pintar (iOS atau Android) dengan plan data yang aktif (sebolehnya anda pakai line kerana waktu kerja anda akan menggunakan Internet secara kerap)
  • Berumur 18 tahun dan ke atas.
  • Warganegara Malaysia.
  • Mempunyai motosikal sendiri. Sekiranya anda mempunyai motosikal tetapi bukan milik anda, pastikan anda mempunyai insurance’s cover note yang merupakan cover jenis All Rider. Pastikan cukai jalan anda aktif.
  • Mempunyai lesen menunggang motosikal yang sah (penunggang yang masih mempunyai lesen dalam tempoh percubaan atau lesen P tidak boleh memohon menjadi rider)

Dokumen Yang Diperlukan

Berikut beberapa dokumen yang diperlukan untuk daftar grab driver:

  • Grambar profil
  • Kad pengenalan
  • Lesen Memandu (B/B2/P sahaja)
  • Salinan Cukai Jalan/Roadtax yaqng aktif

Cara Daftar Grabfood Rider

Berikut merupakan cara daftar grabfood untuk rider:

  • Pergi ke laman web rasmi Grab https://www.grab.com/my/.
  • Scroll mouse anda ke butang Grab Our Partner. Tertera pilihan di bawah butang ini; Grab DriverGrab Delivery PartnerFood Merchant dan Pay Merchant. Pilih Grab Delivery Partner.
Pilih Grab Delivery Partner
Pilih Grab Delivery Partner
  • Klik butang Register Now
Pilih Register Now
Pilih Register Now
  • Pada laman seterusnya, masukkan nama penuh anda pada ruangan Full Name
  • Masukkan nombor telefon anda di ruangan Phone
  • Masukkan bandar tempat tinggal anda di ruangan City.
  • Tick pada checkbox reCaptcha.
  • Tekan butang Submit.
Isikan Borang Permohonan
Isikan Borang Permohonan
  • Pihak Grab akan menghubungi anda untuk mengesahkan sama ada anda ingin menggunakan perkhidmatan GrabExpress atau Grabfood. Sila pilih Grabfood. Sebelum itu, anda akan menerima SMS dari pihak Grab yang mengandungi kod pin enam digit. Kemudian, masukkan kod enam digit tersebut pada kotak yang keluar di laman seterusnya selepas laman pertama.
  • Pada halaman berikutnya, sila lengkapkan semua maklumat yang diperlukan oleh pihak Grab daripada anda, termasuk borang profil anda dan borang Maklumat Kenalan Kecemasan. Pastikan semua maklumat diisi dengan lengkap.
  • Pada laman seterusnya, muat naik gambar profil anda. Ikuti segala syarat yang perlu dipenuhi untuk kriteria gambar tersebut.
  • Pada laman seterusnya, baca dan fahami segala terma yang perlu dipenuhi mengenai diri anda untuk menjadi rider, dan sekiranya diri anda memenuhi kriteria yang dinyatakan, tick pernyataan tersebut. Klik butang yang terbawah menandakan anda terima dan bersetuju dengan terma tersebut.
  • Pendaftaran anda sebagai rider GrabFood telah selesai

Itulah cara jadi rider grab food, sila ikuti dan semoga anda selalu berjaya.

Cara Nak Daftar Grab Food untuk Kedai

Bagi anda yang memiliki kedai makan dan ingin supaya boleh berjualan lewat grabfood, sila ikuti langkah berikut.

Cara Daftar Grabfood Kedai

Untuk cara apply grab food kedai, Ikuti langkah ini dengan terperinci:

  • Layari laman web Grabfood merchat
  • Isikan borang yang terdapat pada halaman tersebut dengan butiran yang dikehendaki
  • Setelah anda isi secara lengkap, klik butang SUBMIT

Selepas anda submit, anda mesti meyediakan dokumen sokongan termasuk:

  • Salinan dokumen perniagaan – Borang SSM D atau 9,24,49
  • Salinan kad pengenalan (IC) / pasport pengarah yang menandatangani perjanjian (Warna, Depan dan Belakang) – (pengarah UBO mesti mempunyai bahagian minimum 25% pada SSM)
  • Salinan penyata akaun bank
  • Salinan logo jenama
  • Salinan foto depan kedai dengan papan tanda tetap dan logo jenama
  • Salinan menu di kedai dengan harga
  • Alamat emel Gmail (gmail unik untuk setiap outlet untuk Log masuk Peranti)
  • Salinan Lesen Perniagaan (Sekiranya berkenaan)
  • Salinan Perakuan Halal (Sekiranya berkenaan)
  • Salinan Sijil SST (Sekiranya berkenaan)
  • Salinan Polisi Insurans (Sekiranya berkenaan)

Semua dokumen yang telah disenaraikan perlu digabungkan menjadi satu fail dan diberi nama mengikut format yang ditetapkan seperti yang tertera dalam halaman GRABFOOD MERCHANT APPLICATION DOCS.

Pakej Perniagaan

GrabFood akan mengenakan yuran tertentu yang berdasarkan peratusan harga makanan yang dibayar oleh pelanggan seperti yang berikut:

Pakej Perniagaan Grabfood Merchant
Pakej Perniagaan Grabfood Merchant

Bayaran perkhidmatan yang dikenakan oleh GrabFood kepada peniaga yang ingin mendaftar ke sistem GrabFood adalah betul seperti yang dinyatakan dalam jadual di atas dan mungkin berubah pada masa akan datang.

FAQ

Apa kebaikan menjadi rider GrabFood?

– Waktu bekerja adalah lebih bebas, di mana tiada jadual bekerja untuk dipilih atau disediakan untuk anda sebagai rider. Tempoh bekerja adalah bergantung kepada anda.
– Gaji anda sebagai rider bergantung kepada jumlah pesanan yang anda dapat.
– Anda sebagai rider perlu pastikan setiap pesanan tersebut masuk ke dalam aplikasi di telefon anda, supaya pesanan tersebut mendapat bayaran.

Berapa Gaji Grabfood Rider?

– Setiap pesanan mampu mendapat bayaran dalam RM7-RM15, dan ini bergantung kepada waktu pesanan dibuat dan jarak antara restoran/kedai dengan pelangagan.
– Semakin jauh jarak kedai dengan pelanggan, dan apabila pesanan dibuat pada waktu peak hour, maka tinggilah bayaran yang anda dapat.
– Ada insentif mingguan.

Apa beza GrabFood dan Foodpanda rider?

– Waktu bekerja rider foodpanda adalah fleksibel tetapi dalam syif, manakala waktu bekerja untul Grabfood adalah bebas tanpa syif, dan boleh memilih untuk meletakkan status anda sebagai rider sebagai online untuk menjalankan tugas atau offline untuk berehat daripada tugas.
– Bayaran gaji untuk rider foodpanda adalah secara mingguan serta akan di bank-in, manakala gaji untuk rider Grabfoodadalah secara harian, dan masih akan di bank-in.

berapa lama proses daftar grabfood?

Masa yang diperlukan untuk melengkapkan proses pendaftaran GrabFood Malaysia boleh berbeza-beza bergantung kepada faktor seperti kelancaran proses pengesahan maklumat dan keadaan semasa permohonan. Bagaimanapun, proses biasanya mengambil masa antara beberapa hari hingga beberapa minggu.

Dalam kesimpulannya, cara daftar GrabFood tidaklah sukar. Dengan langkah-langkah yang disediakan, peniaga kecil boleh memanfaatkan platform ini untuk menjual makanan mereka secara dalam talian dan meningkatkan jualan.

Bagi pengguna, GrabFood juga merupakan alternatif yang mudah dan cepat untuk membeli makanan tanpa perlu keluar rumah.

Oleh itu, marilah kita bersama-sama mengambil peluang ini untuk menikmati kemudahan GrabFood.

Originally posted 2023-03-24 17:14:09.

Maul

Hi semua! Saya Maul. Suka explore dunia teknologi, especially smartphone, graphic design, troubleshoot, dan cara-cara sim kad, atau nak optimize gadget. Aku ni pro dalam mengenal pasti best apps dan features, selalu update dengan latest models dan OS. Graphic design pulak, aku talented dalam Adobe Suite, from Photoshop to Illustrator, create amazing visuals memang my passion! Bila ada masalah dgn gadget, aku la superhero yang datang tolong. Aku mahir dalam cara-cara optimize gadget, seperti battery saving tips, performance tweaks, dan even cleaning up storage. Boleh la cari aku kalau ada masalah dgn gadget, kita kongsi ilmu sama-sama! 😊

    Artikel Terkait