Cara Padam Akaun WeChat dengan Betul

Maul Januari 30, 2024

Cara padam akaun WeChat sangat mudah untuk dilakukan, sila baca artikel ini secara penuh supaya korang faham cara padam akaun WeChat dengan betul!

Korang penah tak terfikir nak padam akaun WeChat korang? Ya la, WeChat tu macam satu aplikasi komunikasi yang popular ni.

Ada yang guna untuk chat dengan kawan-kawan lama, ada yang guna untuk urusan perniagaan.

Tapi kadang-kadang kita nak padam akaun tu, entah sebab apa punya. Jadi, dalam artikel ni, kita nak kongsikan cara yang mudah untuk padam akaun WeChat.

Don’t worry, tak susah pun. Jom, kita teruskan bacaan ni dan ikut step-by-step yang akan kita tunjukkan.

So, ready tak korang nak padam akaun WeChat? Let’s go!

Syarat Padam Akaun WeChat

Sebelum korang tahu Cara Padam Akaun WeChat, fahami dahulu Terma dan syarat yang perlu korang patuhi, ni penting sangat tau!

Akaun WeChat yang korang boleh padam ni terhad kepada akaun WeChat yang korang daftar dari luar China. Jadi, kalau korang punya akaun China, tak boleh padam langsung. Itu dia, keperluan penting ni dari pihak WeChat.

Pastikan korang tak masuk salah kata laluan sebanyak 3 kali dalam satu hari. Kalau korang buat tu, korang kena tunggu 24 jam baru boleh padam akaun. Sabar sikit, jangan serbu-tepi je padam kan

Lepas korang tukar kata laluan WeChat korang, korang boleh padam akaun dalam masa 7 hari. So, jangan risau, ada jangka masa yang korang boleh ikut.

Oh ya, kalau ada bayaran tertunggak, korang kena settle dulu sebelum padamkan akaun. Jangan la biar tunggakan bergantung, kan? Bagus kalau semua hal kewangan dah clear.

Sebelum padam akaun, pastikan korang dah tetapkan kata laluan dulu. Kalau korang guna akaun Facebook untuk log masuk WeChat, korang tak ada kata laluan. Jadi, pastikan korang dah setkan kata laluan tu supaya boleh padam akaun dengan lancar.

Ni penting ni, korang hanya boleh padam akaun WeChat tu melalui peranti yang korang guna sekarang. Kalau korang tukar peranti baru, kemungkinan besar korang tak akan boleh padam akaun WeChat korang. So, keep that in mind.

Okay, itu la terma dan syarat yang penting korang perlu tahu sebelum padam akaun WeChat. Jangan lupa ikut semua langkah betul dan berhati-hati. Semoga berjaya!

Cara Padam Akaun WeChat

Sila baca sampai penuh langkah berikut jika korang nak tahu Cara Padam Akaun WeChat (delete wechat acc):

  • Buka apl WeChat korang
  • Pergi ke Settings, kemudian pilih Account Security
Cara Padam Akaun WeChat
Cara Padam Akaun WeChat
  • Pilih WeChat Security Center, kemuidan pilih Account Cancellation
  • Korang boleh pilih Request Cancellation
  • Korang akan dapatkan mesej tentang pemapadam akaun WeChat, klik Close
  • Apabila korang telah penuh syarat pemadaman akaun, korang akan terima mesej lain tentang kelulusan pemadaman akaun
  • Selepas tu, pilih Next untuk pergi ke langkah seterusnya
  • Korang akan terima mesej lagi pemberitahuan penting, baca dan pilih Agree and Confirm Cancellation
  • Tunggu sehingga proses pemadaman berjaya
  • Sila tekan finish and log out
  • WeChat akan mengkaji semula permintaan padam akaun korang. Jadi, korang akan diminta untuk jangan log masuk dalam tempoh 60 hari.

Cara Batal Padam Akaun WeChat

Kalau korang berubah fikiran dan nak aktifkan semula akaun WeChat korang, boleh je buat dengan senang hati.

Caranya, korang kena log masuk semula dalam masa 60 hari lepas padam akaun tu.

Selepas korang dah padam akaun WeChat ikut cara tu, korang tak boleh lagi akses akaun tu. So, fahamkan betul-betul sebelum buat keputusan ya.

Video

Jika anda masih keliru, sila tonton video ini

Yay, akhirnya kita dah sampai ke penghujung artikel Cara Padam Akaun WeChat ni! Sekarang korang dah tahu cara padam akaun WeChat dengan mudah.

Jangan risau, jika suatu hari korang nak padam akaun tu, korang boleh ikut langkah-langkah cara nak delete akaun wechat yang kita kongsikan tadi. Ingat, knowledge is power!

Kita harap artikel delete wechat account ni dapat membantu korang yang nak padam akaun WeChat tanpa banyak masalah.

Jika ada sebarang soalan atau pendapat, jangan malu-malu ya, tinggalkan komen di bawah. Kita sedia membantu.

Okay, sekarang korang boleh proceed dengan langkah seterusnya dengan yakin.

Teruskan perjalanan korang tanpa beban akaun WeChat yang tak diperlukan lagi. Jadi, sampai jumpa lagi dalam artikel-artikel menarik lain kali. Take care and bye-bye!

Originally posted 2023-04-30 11:29:16.

Maul

Hi semua! Saya Maul. Suka explore dunia teknologi, especially smartphone, graphic design, troubleshoot, dan cara-cara sim kad, atau nak optimize gadget. Aku ni pro dalam mengenal pasti best apps dan features, selalu update dengan latest models dan OS. Graphic design pulak, aku talented dalam Adobe Suite, from Photoshop to Illustrator, create amazing visuals memang my passion! Bila ada masalah dgn gadget, aku la superhero yang datang tolong. Aku mahir dalam cara-cara optimize gadget, seperti battery saving tips, performance tweaks, dan even cleaning up storage. Boleh la cari aku kalau ada masalah dgn gadget, kita kongsi ilmu sama-sama! 😊

    Artikel Terkait