5 Tanda Bateri iPhone Rosak & Puncanya

Maul August 27, 2024

Tanda Bateri iPhone Rosak Termasuk Bateri cepat panas, bateri kembung, bateri cepat habis, iPhone tiba-tiba mati & Peratus Bateri Tak Naik Saat Dicas.

Bateri yang rosak adalah masalah yang sering dihadapi oleh pengguna iPhone. Selain daripada mengganggu penggunaan telefon, ia juga boleh membahayakan kesihatan pengguna jika dibiarkan terus berada dalam keadaan yang rosak.

Dalam artikel ini, kami akan mengenal pasti lima tanda-tanda bateri iPhone yang rosak serta punca-punca yang mungkin menyebabkan masalah tersebut.

Dengan memahami tanda-tanda ini, anda boleh mengambil tindakan awal untuk mengelakkan kerosakan yang lebih teruk pada telefon anda.

5 Tanda Bateri iPhone Rosak

kenapa bateri iphone cepat habis? mungkin sahaja itu merupakan tanda bateri iPhone rosak, Berikut merupakan 5 tanda bateri iPhone Rosak:

1. Bateri Cepat Panas

Jika bateri iPhone anda cepat panas ketika digunakan, ia mungkin menunjukkan tanda bateri rosak.

Ini kerana bateri yang rosak atau sudah berumur cenderung menghasilkan panas yang lebih tinggi semasa digunakan.

Selain itu, bateri panas juga terjadi karena bateri overheat, Cara untuk kurangkan overheat, anda kena kerap clear aplikasi supaya bateri sentiasa stabil.

2. Bateri Kembung

Tanda Bateri iPhone Rosak
Tanda Bateri iPhone Rosak Bateri Kembung

Jika anda melihat bateri iPhone anda mengembang atau bengkak, ia adalah tanda bahawa bateri sudah rosak dan perlu diganti.

Bateri yang kembung boleh menyebabkan masalah keselamatan dan merosakkan bahagian lain dalam telefon.

Bateri telefon anda kembung, boleh bagi kesan pada skrin. Oleh itu, sebaiknya segera anda tukar bateri anda.

3. Bateri iPhone Cepat Habis

Jika bateri iPhone anda boros dan cepat habis, ia mungkin menunjukkan tanda bahawa bateri sudah rosak atau perlu diganti.

Kalini bateri anda mungkin dah kondem atau selalu orang panggil bateri kong.

Battery condemn selalu terjadi bila batery cepat drain selalunya berlaku disebabkan selalu main game sambil cas telefon atau cas berlebihan.

Bateri yang baik harus dapat bertahan sehingga beberapa jam selepas dicaj sepenuhnya.

4. iPhone Tiba-tiba Mati Walau Bateri Belum Kong

Tanda Bateri iPhone Rosak (1)
Tanda Bateri iPhone Rosak iphone tak boleh charge

Jika iPhone anda tiba-tiba mati walaupun peratus bateri masih menunjukkan angka yang tinggi, ia mungkin menunjukkan tanda bahawa bateri sudah rosak.

Bateri yang rosak tidak dapat menyimpan muatan elektrik yang mencukupi untuk menjalankan telefon dengan baik.

Segera ganti bateri iPhone anda jika anda mengalami hal macam ini.

5. Peratus Bateri Tak Naik Saat Dicas

Jika peratus bateri iPhone anda tidak naik walaupun sudah dicaj selama beberapa jam atau kenapa bila cas bateri makin turun, ia mungkin menunjukkan tanda bahawa bateri sudah rosak.

Bateri yang baik seharusnya dapat mengisi semula dan menunjukkan peningkatan peratus bateri apabila dicaj.


Punca Bateri iPhone Rosak

Setelah anda membaca tanda bateri iPhone rosak, anda juga harus tahu punac bateri iPhone boleh rosak. Berikut 5 punca bateri iphone cepat rosak:

1. Penggunaan Charger Tiruan

Punca Bateri iPhone Rosak
Punca Bateri iPhone Rosak Charger Tiruan

Penggunaan charger yang tidak sah atau tidak original boleh menjadi punca bateri iPhone rosak.

Charger yang tidak berkualiti atau tidak sesuai dengan telefon boleh merosakkan bateri dan bahagian lain dalam telefon.

Charger tiruan juga tidak ada cut off, jadi ia akan terus mengecas walau bateri sudah penuh.

2. iPhone Sering Digunakan Semasa Dicas

Penggunaan telefon semasa dicaj boleh menyebabkan bateri cepat rosak.

Penggunaan telefon semasa dicaj boleh menghasilkan panas yang tinggi sehingga bateri menjadi overheat, dan ini boleh merosakkan bateri dan bateri health iphone.

3. Terlalu Banyak Aplikasi Running pada Background

Terlalu banyak aplikasi yang berjalan pada background boleh menyebabkan bateri cepat habis dan rosak.

Aplikasi yang tidak perlu perlu ditutup untuk mengelakkan penggunaan bateri yang berlebihan.

4. iPhone Dicas Terlalu Lama

Mengecas telefon terlalu lama boleh merosakkan bateri dan memendekkan jangka hayat bateri.

Ini disebabkan voltan tinggi apabila bateri penuh. Voltan tinggi untuk masa yang lama menyebabkan bateri rosak dengan cepat.

Oleh itu, disarankan untuk mengecas telefon hanya selama masa yang diperlukan dan mengelakkan mengecas semalaman.

5. iPhone Tidak Dicas Sehingga Mati

Menunggu telefon mati sebelum mengecas boleh merosakkan bateri. Bateri yang terlalu rendah boleh menyebabkan masalah pada kitaran pengisian dan menyebabkan bateri cepat rosak.

Oleh itu, disarankan untuk mengisi semula bateri sebelum ia terlalu rendah.


Ringkasnya, terdapat beberapa tanda yang menunjukkan bateri iPhone anda mungkin rosak atau perlu diganti.

Jangan abaikan tanda-tanda tersebut kerana ia boleh membawa kepada masalah yang lebih besar pada masa hadapan.

Dalam keadaan yang teruk, bateri yang rosak boleh merosakkan peranti anda secara keseluruhan.

Oleh itu, pastikan anda mengambil tindakan segera jika mengalami tanda-tanda tersebut dan dapatkan nasihat daripada pakar jika perlu.

Jika anda nak ganti bateri iphone, anda mesti faham cara nak tahu bateri iphone original.

Originally posted 2023-03-15 14:56:45.

Maul

Hi semua! Saya Maul. Suka explore dunia teknologi, especially smartphone, graphic design, troubleshoot, dan cara-cara sim kad, atau nak optimize gadget. Aku ni pro dalam mengenal pasti best apps dan features, selalu update dengan latest models dan OS. Graphic design pulak, aku talented dalam Adobe Suite, from Photoshop to Illustrator, create amazing visuals memang my passion! Bila ada masalah dgn gadget, aku la superhero yang datang tolong. Aku mahir dalam cara-cara optimize gadget, seperti battery saving tips, performance tweaks, dan even cleaning up storage. Boleh la cari aku kalau ada masalah dgn gadget, kita kongsi ilmu sama-sama! 😊

    Artikel Terkait