Cara Bayar Bil Air Online (Mudah & Praktikal guna Internet Banking)

Maul Mac 20, 2024

Cara Bayar Bil Air Online boleh dilakukan dengan pelbagai cara. Artikel ini akan menjelaskan cara bayar bil air online semua Bank di Malaysia.

Dalam zaman teknologi moden ini, pembayaran bil air secara atas talian semakin popular dan memudahkan pengguna.

Bayaran boleh dilakukan dari mana-mana sahaja dan pada bila-bila masa dengan hanya menggunakan telefon pintar atau komputer.

Dalam artikel ini, kami akan membincangkan beberapa cara mudah untuk membuat pembayaran bil air atas talian dan memberi anda beberapa tips untuk memudahkan proses tersebut.

Jadi, jika anda ingin mengetahui cara untuk membuat pembayaran bil air secara atas talian, teruskan membaca!

Cara Bayar Bil Air Online guna CIMB Clicks

Pembayaran bil air sekarang semakin mudah untuk dilakukan, anda boleh bayar bil air dalam talian menggunakan CIMB Clicks. Sila ikuti langkah berikut untuk cara bayar bil air online guna CIMB Clicks:

  • Buka laman cimbclicks.com.my
  • Log masuk CIMB Clicks Anda.
  • Klik Pay & Transfer
  • Pilih JomPAY
  • Masukkan kod JomPAYdi bahagian To (Enter Biller Code).
  • From: Pilih Accountyang mahu Anda gunakan untuk bayar.
  • Amount: Sila masukkan jumlah bil yang mesti di bayar.
  • Accepting Terms & Conditions: Pilih YES
  • Klik Make Payment
  • Request TAC
  • Selesai

Cara Bayar Bil Air Online guna BSN

Selain menggunakan CIMB Clicks, bayar bil air online juga boleh dilakukan menggunakan BSN. Sila ikuti langkah berikut untuk cara bayar bil air online guna BSN:

  • Log masuk myBSN
  • Klik Bill Payment
  • Pilih Utilities
  • Payee Name, Pilih Air Kelantanatau sesuai kawasan Anda.
  • From Account, Pilih account mana yang ingin Anda gunakan untuk bayar.
  • Bill Account No, Pilih New Bill Paymentlalu masukkan no account bil air.
  • Amount, Masukkan jumlah bill yang mesti di bayar. klik Submit.
  • Request TAC.
  • Klik Submit, selesai.

Cara Bayar Bil Air Online guna Maybank2u

Jika anda tidak memiliki CIMB Clicks atau BSN, anda boleh bayar bil air online maybank2u. Sila ikuti langkah berikut untuk cara bayar bil air online melalui Maybank2u:

  • Buka laman Maybank2u.com
  • Sila masukkan username dan password Maybank2u.
  • Dalam akaun Maybank2u, klik menu Pay Bills.
  • Pilih Pay Fromdari akaun yang Anda mahu.
  • Paye To: Pilih Payee
  • New Payment: Pilih Jabatan sesuai kawasan Anda.
  • Amount: Masukkan jumlah yang mesti dibayar sesuai dengan bil air.
  • Account No: Masukkan no akaun pada bil air Anda.
  • Effective Date: Pilih tarikh terkini.
  • Klik butang Pay
  • Request TAC
  • Selesai

Cara Bayar Bil Air Online guna Bank Islam

Anda juga boleh bayar bil air dalam talian menggunakan Bank Islam. Sila ikuti langkah berikut untuk cara bayar air online guna Bank Islam:

  • Log masuk Bankislam.biz
  • Pilih Pay & Transfer
  • Klik Pay
  • Pay From: Pilih akaun bank Anda.
  • Pay To: Pilih JomPAY
  • Biller Code:Biller code ini boleh diperoleh daripada resit bil air Anda. Klik Enter
  • Ref-1:Masukkan nombor akaun air Anda.
  • Pay Amount:Masukkan jumlah duit yang mesti di bayar.
  • Tick pada I hereby agree to the Terms and Conditions. Klik PAY.
  • Klik Requestuntuk dapatkan nombor TAC. Sila cek TAC melalui SMS di telefon bimbit Anda.
  • Selesai

Cara Bayar Bil Air Online guna JomPAY

Sila ikuti langkah berikut untuk cara nak bayar bil air online guna JomPAY:

  • Log masuk ke internet banking Anda melalui komputer, laptop atau telefon.
  • Cari opsyen bayaran bil dan cari Logo JomPAY.
  • Biller Code (wajib) : lihat pada bil air anda
Cara Bayar Bil Air Online
Cara Bayar Bil Air Online
  • Ref-1 (wajib): No. Akaun air Anda
  • Ref-2 (tidak wajib)
  • Masukkan jumlah bayaran dan sahkan pembayaran.
Cara Bayar Bil Air guna Jompay Maybank2u (2)
Cara Bayar Bil Air guna Jompay Maybank2u
  • Request TAC, klik secure verification pilih SMS
  • Masukkan kod TAC yang dihantarkan melalui SMS
Cara Bayar Bil Air guna Jompay Maybank2u (3)
Cara Bayar Bil Air guna Jompay Maybank2u
  • Selesai
Cara Bayar Bil Air guna Jompay Maybank2u (4)
Cara Bayar Bil Air guna Jompay Maybank2u

Dalam kesimpulannya, bil air bayar online adalah satu cara yang mudah dan efisien untuk menguruskan kewangan anda.

Dengan bayar bil air online anda tidak perlu pergi ke tempat bayar bil air.

Dengan menggunakan kaedah ini, anda dapat memudahkan hidup anda dan menjimatkan masa.

Walaupun proses ini mungkin memerlukan sedikit usaha pada awalnya, ia akan memberikan manfaat jangka panjang dengan mengelakkan pembayaran lewat dan mengelakkan caj tambahan.

Oleh itu, jangan takut untuk mencuba kaedah pembayaran bil air atas talian dan nikmati manfaatnya hari ini!

Originally posted 2023-03-16 10:46:40.

Maul

Hi semua! Saya Maul. Suka explore dunia teknologi, especially smartphone, graphic design, troubleshoot, dan cara-cara sim kad, atau nak optimize gadget. Aku ni pro dalam mengenal pasti best apps dan features, selalu update dengan latest models dan OS. Graphic design pulak, aku talented dalam Adobe Suite, from Photoshop to Illustrator, create amazing visuals memang my passion! Bila ada masalah dgn gadget, aku la superhero yang datang tolong. Aku mahir dalam cara-cara optimize gadget, seperti battery saving tips, performance tweaks, dan even cleaning up storage. Boleh la cari aku kalau ada masalah dgn gadget, kita kongsi ilmu sama-sama! 😊

    Artikel Terkait