2 Cara Buang Virus dalam Pendrive dengan Mudah & Praktikal

Maul August 5, 2024

Cara Buang Virus dalam Pendrive boleh dilakukan dengan CMD ataupun UsbFix, teruskan baca artikel ni supaya korang tahu caranya!

Pendrive kita memainkan peranan penting dalam hidup kita, tak kira sama ada untuk menyimpan foto-foto percutian atau fail-fail kerja penting.

Namun, apa yang berlaku apabila pendrive kesayangan kita diserang oleh virus? Betapa menjengkelkannya! Jangan risau, kita ada penyelesaiannya!

Dalam artikel ini, kita akan mengongsi cara-cara Cara Buang Virus dalam Pendrive dengan mudah & praktikal.

So, jangan bimbang lagi! Kita teruskan bercakap tentang cara yang hebat ini.

Mengenal Virus

Weh, korang pernah tak terkena virus dalam pendrive? Virus ni macam makhluk kecil jahat yang boleh menyusup masuk ke dalam pendrive korang.

Bila korang cucuk pendrive tu kat komputer, dia punya satu misi je: nak merosakkan fail-fail korang!

Sama macam namanya ia merupakan kombination trojan / worm yang sembunyikan semua fail dan folder korang dan mengganti dengan pintasan yang kelihatan sama sahaja.

Semasa korang buka satu dari fail atau folder palsu ni ia akan menggadakan dirinya dan seterusnya akan menjangkiti sistem operasi korang.

Bukan main menyusahkan betul! So, korang kena tahu cara nak buang virus-virus ni dari pendrive supaya data korang selamat dan tak terjejas.

Bagaimana Virus Merebak

Takkanlah virus ni datang dengan sendirinya macam tu je, melainkan kalau kita buat benda-benda ni:

  1. Muat turun software daripada pihak ketiga yang tak boleh dipercayai.
  2. Sambungkan pendrive (atau SD card) dari kawan korang yang ada virus shortcut tu ke dalam komputer korang.
  3. Sambungkan pendrive (atau SD card) korang sendiri ke dalam komputer kawan korang yang dah kena virus shortcut ni.

Jadi, jangan sesekali buat perkara-perkara ni ya! Memang tak baik punya.

Cara Buang Virus dalam Pendrive

Terdapat 2 Cara Buang Virus dalam Pendrive yang boleh korang lakukan, berikut ni kami kongsikan Cara Buang Virus dalam Pendrive:

1. Guna CMD

Sila ikuti langkah berikut ni dengan betul supaya virus dalam pendrive korang hilang!

a. Kenal Pasti Lokasi Pendrive

Kenali Lokasi
Cara menghilangkan virus pada USB

Cara remove virus shortcut dalam pendrive yang Pertama, kita kena cari lokasi pendrive korang. Lihat lah sama ada pendrive korang kat (H:) atau (G:). Kalau dia ada kat (H:), ingat-ingatlah H ya. Kalau dia kat (G:), ingatlah G.

b. Pergi Bahagian Search

Lepas tu, korang gi lah bahagian Cari. Taip command ni C:\Windows\System32\cmd.exe dan tekan Enter.

Lepas tekan Enter, akan keluar satu window hitam ni. Dia akan tunjuk ayat yang sama macam tadi.

Jangan takut, takkan rosak PC korang. Dah betul langkah yang korang buat ni.

c. Taipkan cd

Taipkan cd pada CMD
Cara nak buang virus dalam pendrive guna CMD

Ok, sekarang taip cd.. (*kecil semua huruf cd, ikut dengan dua titik).

Taipkan command ni lepas ayat command C:\Windows\System32> yang korang nampak dalam window tadi. Lepas tu, tekan Enter.

Pedepap, lepas tekan Enter tu, akan keluar ayat yang lagi pendek daripada tadi. Ok, ni memang langkah yang betul dah.

d. Ulang sekali lagi

e. Taipkan Lokasi Pendrive

Taipkan Lokasi Pendrive
Taipkan Lokasi Pendrive

Sekarang, ingat balik lokasi pendrive tadi, sama ada dia kat (H:) atau (G:).

Kalau dia kat H, taip lah h: dan tekan Enter. (*ingat, taip lokasi g atau h dengan huruf kecil)

Sekarang, dia dah bertukar dari C kepada H, kan? Macam gambar di bawah ni.

f. Taipkan Comman Akhir

Taipkan Command Terakhir
Taipkan Command Terakhir

Lepas tu, taipkan ayat ni lepas bahagian H:>. Taipkan attrib -s -h -r /s /d dan tekan Enter.

Lepas tu, tunggu lah sampai keluar H:> dalam window hitam tu. Kalau dia keluar, dah boleh tutup window hitam ni.

g. Pergi ke My Computer dan Buka Pendrive

Sekarang, pergi lah ke My Computer dan buka lah pendrive korang. Pendrive yang tadi kosong, sekarang dah boleh nampak semula fail-failnya. Syukur alhamdulillah, selamat lah.

Tapi kadang-kadang, tak semua pendrive yang kena virus boleh pulih macam ni. Ada juga yang dah buat semua langkah ni tapi tak dapat pulih. Yang tu, mungkin ada masalah lain dan kena buat cara yang lain untuk pulihkan semula.

2. Guna UsbFix

Apabila korang nak tahu Cara Buang Virus dalam Pendrive guna UsbFix, sila ikuti langkah berikut ni

  • Sila muat turun UsbFix dahulu pada web rasminya.
  • Buka flie yang telah korang muat turun kemudian klik Accept
  • Satu pintasan akan di paparkan di desktop komputer anda setelah proses pemasangan selesai.
  • Klik dua kali pada perisian UsbFix tersebut. Jika ada tetingkap kecil yang muncul, tekan butang Yes.
  • Paparan UsbFix akan muncul. Klik pada butang Clean.
Tekan Clean
Tekan Clean
  • Anda akan diminta untuk menyambungkan pen drive kepada komputer anda.
  • Sekarang sambungkan pen drive dan pastikan real-time protection antivirus anda telah dinyahaktifkan.
  • Tekan butang OK.
Tekan Butang OK
Tekan Butang OK
  • Paparan You think of being infected akan muncul?
  • Anda boleh tekan butang No buat masa ini.
Tekan No
Tekan No
  • Proses mengimbas virus shortcut akan berjalan.
  • Satu paparan muncul UsbFix is going to stop the not vital processes. Please register your current work. Thank you.
  • Sila tutup apa-apa program yang anda tidak gunakan kemudian klik butang OK.
Klik Butang OK
Klik Butang OK
  • Sila tunggu sebentar. Semua virus yang menjangkiti pen drive anda akan dibuang secara automatik.
  • Jika paparan di bawah muncul, anda boleh tekan butang No.
Klik Butang No
Klik Butang No
  • Pastikan anda mulakan semula (restart) komputer setelah proses mengimbas selesai.

Langkah Pencegahan

Selepas korang tahu Cara Buang Virus dalam Pendrive, baiknya korang lakukan langkah pencegahan supaya tak terkena virus lagi.

Berikut ni kami kongsikan langkah pencegahan yang boleh korang lakukan.

  • Check lah pendrive/kad SD/cakera keras mudah alih tu dengan antivirus sebelum korang tengok apa yang ada dalamnya.
  • Jangan sambungkan pendrive/kad SD/cakera keras mudah alih korang kat komputer kawan yang tak ada antivirus langsung.
  • Jangan pasang perisian yang tak korang kenal.
  • Pastikan antivirus korang sentiasa update.
  • Sekurang-kurangnya, scan komputer korang 2 atau 3 minggu sekali.
  • Jangan lah melawat laman web yang sediakan perisian-perisian cetak rompak.

Kesimpulannya, sekarang korang dah tahu Cara Buang Virus dalam Pendrive dengan mudah & praktikal.

Jadi, jangan panik lagi bila pendrive kesayangan korang diserang oleh virus!

Ingat lah langkah-langkah penting seperti imbas pendrive dengan antivirus, elakkan sambungkan pendrive ke komputer tanpa antivirus, dan pastikan antivirus korang sentiasa dikemas kini.

Selain tu, jangan lupa untuk scan komputer korang secara berkala dan elakkan melawat laman web yang mencurigakan (cara scan virus dalam pendrive mudah je).

Dengan mengambil langkah-langkah pencegahan yang betul, korang boleh menjaga data-data penting dalam pendrive korang dari serangan virus yang tidak diundang.

So, teruskan jaga pendrive korang dan selamatkan data korang dari serangan virus!

Originally posted 2023-06-16 11:37:58.

Maul

Hi semua! Saya Maul. Suka explore dunia teknologi, especially smartphone, graphic design, troubleshoot, dan cara-cara sim kad, atau nak optimize gadget. Aku ni pro dalam mengenal pasti best apps dan features, selalu update dengan latest models dan OS. Graphic design pulak, aku talented dalam Adobe Suite, from Photoshop to Illustrator, create amazing visuals memang my passion! Bila ada masalah dgn gadget, aku la superhero yang datang tolong. Aku mahir dalam cara-cara optimize gadget, seperti battery saving tips, performance tweaks, dan even cleaning up storage. Boleh la cari aku kalau ada masalah dgn gadget, kita kongsi ilmu sama-sama! 😊

    Artikel Terkait