3+ Cara Cek Baki Touch n Go (Mudah & Praktikal)

Maul Mac 22, 2024

Cara Cek Baki Touch n Go boleh dilakukan dengan pelbagai cara termasuk menggunakan aplikasi, dalam talian, di kaunter dan menggunakan IC.

Touch n Go adalah salah satu kaedah pembayaran yang sangat popular di Malaysia. Touch n Go membolehkan pengguna untuk membayar secara mudah dan cepat tanpa perlu mengeluarkan wang tunai.

Dalam artikel ini, kami akan membincangkan cara untuk memeriksa baki Touch n Go anda.

Dengan mengetahui baki anda, anda dapat memastikan bahawa anda sentiasa mempunyai cukup wang untuk melakukan pembayaran.

Teruskan membaca untuk mengetahui cara yang mudah dan cepat untuk memeriksa baki Touch n Go anda.

1. Cara Cek Baki Touch n Go Online

Jika anda nak tahu cara nak cek baki touch n go dalam talian, sila ikuti langkah berikut ini dengan betul:

  • Layari laman web Touch n Go https://www.touchngo.com.my
  • Log masuk menggunakan akaun anda
  • Isikan Card/Device Serial No
  • Pilih Nationality
  • Taipkan Identification No anda.
  • Setelah pendaftaran, anda boleh log masuk dan anda dapat menyemak baki dan sejarah transaksi anda.

2. Cara Cek Baki Touch n Go guna Aplikasi TnG eWallet

Jika anda nak tahu cara cek baki touch n go guna Aplikasi TnG eWallet, sila ikuti langkah berikut ini dengan betul:

  • Muat turun aplikasi Touch n Go di App Store atau Play Store
  • Log Masuk menggunakan akaun anda menggunakan nombor siri yang boleh didapati di belakang kad TnG anda
  • Anda hanya perlu sync kad fizikal anda dengan aplikasi di telefon pintar anda.
  • Cara ini lebih mudah kerana anda boleh memeriksa baki Touch ‘n Go dan sejarah transaksi anda di mana-mana sahaja dan bila-bila masa.

3. Cara Cek Baki Touch n Go di Kaunter TnG

Jika anda nak tahu cara cek baki touch n go melalui Kaunter TnG, sila ikuti langkah berikut ini dengan betul:

Anda boleh melakukan semakan mudah dengan pergi ke kaunter pengisian semula terdekat.

Beberapa kaunter yang boleh anda lawati termasuk pasar mini di 7-Eleven atau MyNews, serta kaunter pembayaran stesen minyak seperti Petronas atau Shell.

Untuk menyemak baki anda selepas menambah nilai kad Touch n Go anda, anda juga boleh melihat resit pembayaran yang disediakan di tempat-tempat ini.

Baki kad anda akan disenaraikan di bahagian bawah resit anda.

4. Cara Cek Baki Touch n Go IC

Jika anda nak tahu cara cek baki touch n go guna IC, sila ikuti langkah berikut ini dengan betul:

  • Muat turun aplikasi Touch n Go di App Store atau Play Store
  • Log masuk menggunakan akaun anda
  • Pilih butang More
  • Kemudian pilih TNG Card
Cara Cek Baki Touch n Go Step 1
Cara cek baki touch n go dalam ic Step 1
  • Selepas itu, Add New Card dan masukkan Nombor kad & Nama Kad anda
    • untuk no kad TNG/Watsons boleh semak di belakang kad
    • untuk IC, anda boleh semak serial No/MFG No kat resit yang anda dapat masa reload TNG guna IC!
Cara Cek Baki Touch n Go Step 2
Semak Baki Touch n Go Step 2
  • Kemudian Tap Sumbit dan baki akan dipaparkan pada skrin anda
Cara Cek Baki Touch n Go Step 3
Check baki touch n go IC Step 3

Video

Jika anda masih keliru dengan penjelasan di atas, lihat video berikut:

Demikianlah beberapa cara untuk memeriksa baki Touch n Go Anda dengan mudah dan cepat.

Dengan mengetahui saldo yang tersisa, Anda dapat mengelola penggunaan kartu tersebut dengan lebih bijak. Selamat mencoba!

Originally posted 2023-03-21 10:57:07.

Maul

Hi semua! Saya Maul. Suka explore dunia teknologi, especially smartphone, graphic design, troubleshoot, dan cara-cara sim kad, atau nak optimize gadget. Aku ni pro dalam mengenal pasti best apps dan features, selalu update dengan latest models dan OS. Graphic design pulak, aku talented dalam Adobe Suite, from Photoshop to Illustrator, create amazing visuals memang my passion! Bila ada masalah dgn gadget, aku la superhero yang datang tolong. Aku mahir dalam cara-cara optimize gadget, seperti battery saving tips, performance tweaks, dan even cleaning up storage. Boleh la cari aku kalau ada masalah dgn gadget, kita kongsi ilmu sama-sama! 😊

    Artikel Terkait