Cara Topup Touch n Go Online & Offline (Mudah & Cepat)

Maul August 30, 2024

Cara Topup Touch n Go boleh dilakukan melalui 2 cara, artikel ini akan membahas cara topup touch n go secara terperinci.

Penggunaan kad Touch n Go semakin popular di Malaysia, dan dengan kemudahan topup yang disediakan, ia semakin menjadi pilihan utama untuk keperluan pengangkutan harian.

Namun, ramai yang masih tidak tahu cara untuk melakukan topup Touch n Go dengan betul.

Dalam artikel ini, kita akan membincangkan cara topup Touch n Go anda dengan mudah dan cepat.

Dengan mengikuti langkah-langkah yang dinyatakan, anda dapat melakukan topup kad Touch n Go dengan mudah dan menjimatkan masa anda.

Apa Itu Touch n Go?

Touch n Go adalah sebuah kad prabayar yang digunakan di Malaysia untuk pelbagai tujuan, termasuk pengangkutan awam seperti bas, LRT, MRT dan lain-lain.

Kad Touch n Go juga boleh digunakan untuk pembayaran di pasaraya, stesen minyak, tempat letak kereta dan pelbagai tempat lain yang menerima pembayaran Touch n Go.

Kad ini menggunakan teknologi RFID (Radio Frequency Identification) untuk membaca maklumat kad dan memproses transaksi secara automatik dengan hanya menyentuh kad ke alat pembaca yang disediakan.

Touch n Go sangat popular di kalangan penduduk Malaysia kerana ia memudahkan urusan pengangkutan awam dan pembayaran secara lebih mudah dan pantas.

Cara Topup Touch n Go

Cara Topup Touch n Go boleh dilakukan dengan 2 cara, termasuk:

Cara Topup Touch n Go Biasa

Anda boleh topup touch n go pada tempat-tempat berikut:

  1. Pusat Perkhidmatan Pelanggan TnG
  2. Hab TnG
  3. Mesin TNG Spots
  4. Kiosk Petrol
  5. Kedai serbaneka
  6. ATM
  7. Farmasi
  8. Kiosk layan diri
  9. Kaunter Perkhidmatan Pelanggan di Plaza Tol terpilih
  10. Lorong tambah nilai di plaza tol di lebuh raya terpilih

Tempat-tempat tersebut memberikan kemudahan dalam topup touch n go.

Sesetengah lokasi ini mungkin mengenakan sedikit caj untuk setiap transksi tambah nilai kad Touch n Go anda.

Untuk topup Touch n Go anda boleh menambah dengan RM10, RM20, RM35, RM50, RM100, RM200, RM500 hingga maksimum RM1,500.

Cara Topup Touch n Go guna Aplikasi

Anda juga boleh topup kad touch n go dengan lebih mudah, iaitu dengan menggunakan handphone anda.

Syaratnya handphone anda harus memiliki fungsi NFC dan juga anda telah muat turun aplikasi TNG eWallet yang boleh anda dapat di Play Store atau App Store

Sila ikuti langkah berikut:

  • Buka aplikasi TNG eWallet
  • Pada menu, klik “TNG Card”
  • Klik pada butang “Reload” (Pastikan anda memilih kad yang betul sekiranya anda telah mendaftarkan banyak kad)
  • ON kan fungsi NFC pada telefon anda
  • Apabila keluar sahaja halaman “Ready to Scan”, letak atau “kad” TnG NFC anda pada belakang telefon anda
  • Kemudian, pilih jumlah yang ingin ditambah nilai
  • Klik butang Reload Now
  • Masukkan PIN anda
  • Letakkan sekali lagi kad anda pada bahagian belakang telefon
  • Selesai

Nota:

Sahkan bahawa NFC telah dihidupkan. Jika telefon anda masih tidak dapat mengesan kad, cuba geser kad anda ke atas atau ke bawah (terdapat pengesan NFC pada bahagian atas atau bawah sesetengah telefon pintar).

Untuk anda yang telefon bimbitnya belum memiliki fungsi NFC sila ikuti langkah berikut:

  • Buka aplikasi Touch n Go eWallet
  • klik Reload eWallet
Cara Topup Touch n Go Step 1
Topup tng online Step 1
  • Pilih amaun yang anda mahu
Masukkan Amaun
Masukkan Amaun
  • Pilih Credit / Debit Card atau FPX Online Banking
Pilih Payment Methode
Pilih Payment Methode
  • Tambah Credit / Debit Card jika belum lagi ada, dan simpan untuk kegunaan masa akan datang
  • Jika guna kad, klik sahaj Reload dan tunggu sehingga SMS TAC diterima
  • Masukkan SMS TAC tersebut sebagai pengesahan
  • Jika guna online banking, pilih bank yang dikehendaki.
  • Masukkan username dan password
Masukkan Username Anda
Masukkan Username Anda
  • Sahkan jumlah amaun
  • Masukkan TAC
Request TAC
Request TAC
  • Selesai

Itulah cara tambah nilai touch n go secara online menggunakan aplikasi TNG

Video

Jika anda masih keliru dengan kaedah top up touch n go di atas, sila lihat video di bawah:

Sekarang anda sudah tahu cara top up touch n go online dengan betul.

Amalkan langkah-langkah yang telah dinyatakan topup touch n go ewallet untuk memudahkan urusan pengangkutan harian anda dan menjimatkan masa anda.

Jangan lupa juga untuk sentiasa memastikan baki kad Touch n Go anda mencukupi sebelum melakukan perjalanan.

Semoga artikel ini memberikan manfaat kepada anda dan selamat menggunakan Touch n Go!

Originally posted 2023-03-23 15:24:47.

Maul

Hi semua! Saya Maul. Suka explore dunia teknologi, especially smartphone, graphic design, troubleshoot, dan cara-cara sim kad, atau nak optimize gadget. Aku ni pro dalam mengenal pasti best apps dan features, selalu update dengan latest models dan OS. Graphic design pulak, aku talented dalam Adobe Suite, from Photoshop to Illustrator, create amazing visuals memang my passion! Bila ada masalah dgn gadget, aku la superhero yang datang tolong. Aku mahir dalam cara-cara optimize gadget, seperti battery saving tips, performance tweaks, dan even cleaning up storage. Boleh la cari aku kalau ada masalah dgn gadget, kita kongsi ilmu sama-sama! 😊

    Artikel Terkait