Cara Hantar Resume Melalui Whatsapp dengan Betul

Maul September 4, 2024

Cara hantar resume melalui whatsapp mudah je untuk dilakukan, baca artikel ini secara penuh untuk tahu cara hantar resume melalui whatsapp!

Hey guys! Hari ni saya nak kongsikan cara hantar resume melalui Whatsapp.

Kalau korang sedang mencari kerja, pasti dah biasa hantar resume melalui email kan?

Tapi, sekarang ni zaman dah maju, ada cara baru yang lebih mudah dan cepat – hantar resume melalui Whatsapp!

Kalau korang belum tahu, hantar resume melalui Whatsapp ni memang lebih praktikal dan kurang formal berbanding email.

Lagipun, kebanyakan syarikat sekarang ni pun dah guna Whatsapp untuk urusan perniagaan dan juga pengambilan pekerja baru.

Jadi, korang nak tahu macam mana nak hantar resume melalui Whatsapp dengan betul? Ikuti langkah-langkah yang saya tunjukkan ni ya.

Tips & Cara Hantar Resume Melalui Whatsapp

Untuk menghantar resume melalui whatsapp caranya sangat mudah, ikuti langakh yang dikongsikan berikut ini (cara hantar pdf melalui whatsapp):

  • Update resume terlebih dahulu, pastikan ianya adalah resume yang terkini
  • Kemudian setelah siap, save dalam bentuk PDF
    • Resume dalam bentuk PDF sangat digalakkan karena ia boleh dibuka dimana-mana device
    • Dengan menggunakan PDF, format resume anda juga tidak akan berubah.
    • Letakkan nama yang sesuai pada dokumen PDF anda
  • Jangan terus hantar dokumen anda begitu sahaja kepada HR
    • Nyatakan dahulu bahawa anda ingin menghantar resume seperti yang dipohon
    • Berikan sedikit kata laluan dan juga penutup supaya anda terlihat sopan dan beradab
  • Kemudian hantar dengan klik pada bahagian (+ / Multimedia)
Pilih Butang Multimedia
Pilih Butang Multimedia
  • Pilih whatsapp Docoment
Cara Hantar Resume Melalui Whatsapp dengan
Pilih Document
  • Buat pencarian dokumen yang ingin dihantar
Pilih Fail yang Anda Simpan
Pilih Fail yang Anda Simpan
  • Terakhir sekali Klik Hantar

Itulah cara yang kami kongsikan untuk cara hantar resume melalui whatsapp

Maklumat Lanjut

Berbeza dengan cara send resume melalui email, Jangan lupa maklumkan kepada HR atau bakal majikan bahawa anda telah menghantar resume anda.

Hal ini supaya HR tidak terlepas pandang bahawa resume anda telah dihantar pada tarikh dan masa tersebut.

Itulah Cara Hantar Resume Melalui Whatsapp dengan mudah. Pastikan resume korang dah siap dan disimpan dalam format PDF ya.

Jangan lupa untuk check semula resume korang sebelum hantar untuk pastikan takde kesilapan ejaan atau format.

Dengan hantar resume melalui Whatsapp ni, korang memang dah ada kelebihan berbanding pesaing-pesaing lain yang masih guna email.

Jadi, selamat mencuba dan semoga berjaya dalam mencari pekerjaan yang korang impikan!

Originally posted 2023-03-28 18:30:21.

Maul

Hi semua! Saya Maul. Suka explore dunia teknologi, especially smartphone, graphic design, troubleshoot, dan cara-cara sim kad, atau nak optimize gadget. Aku ni pro dalam mengenal pasti best apps dan features, selalu update dengan latest models dan OS. Graphic design pulak, aku talented dalam Adobe Suite, from Photoshop to Illustrator, create amazing visuals memang my passion! Bila ada masalah dgn gadget, aku la superhero yang datang tolong. Aku mahir dalam cara-cara optimize gadget, seperti battery saving tips, performance tweaks, dan even cleaning up storage. Boleh la cari aku kalau ada masalah dgn gadget, kita kongsi ilmu sama-sama! 😊

    Artikel Terkait