11 Langkah Mudah Cara Bayar PTPTN Online dengan JomPAY

Maul April 13, 2024

Cara bayar PTPTN online bukanlah perkara yang sukar korang lakukan, korang semua boleg gunakan JomPAY untuk membuat pembayaran PTPTN online dengan mudah.

Dalam dunia yang semakin berkembang ini, kemajuan teknologi telah memudahkan banyak perkara, termasuk dalam urusan kewangan.

Salah satu kemudahan yang ditawarkan adalah kemampuan untuk membayar pinjaman PTPTN secara online.

Artikel ini akan membimbing anda melalui proses cara bayar PTPTN online dengan JomPAY dan memberikan anda panduan langkah demi langkah.

Apa Itu PTPTN?

PTPTN (Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional) merupakan satu badan yang ditubuhkan oleh kerajaan Malaysia untuk membantu pelajar-pelajar Malaysia yang ingin menuntut di institusi pengajian tinggi.

PTPTN memberikan pinjaman kepada pelajar untuk menampung kos pengajian mereka. Biasanya, pinjaman ini perlu dibayar balik selepas pelajar tamat pengajian dan mula bekerja.

Maksudnya, PTPTN memberi peluang kepada pelajar daripada keluarga berpendapatan sederhana untuk melanjutkan pelajaran tanpa terhalang oleh masalah kewangan.

Penting untuk memahami keperluan dan syarat-syarat pinjaman PTPTN agar kita boleh menguruskan kewangan dengan baik selepas tamat pengajian.

Syarat Permohonan Pinjaman Pendidikan

Untuk memohon pinjaman pendidikan daripada PTPTN, terdapat beberapa syarat yang perlu dipenuhi, seperti dibawah:

  1. Anda merupakan seorang rakyat Malaysia;
  2. Umur anda tidak melebihi 45 tahun pada tarikh memohon;
  3. Anda telah mendapat tawaran untuk masuk ke IPTA/IPTS dan Politeknik dengan memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA);
  4. Kursus yang anda ambil di IPTA/IPTS dan Politeknik perlu mendapat kelulusan daripada Kementerian Pendidikan Malaysia dan berdaftar dengan PTPTN;
  5. Bagi pelajar IPTS, kursus yang diambil perlu mendapatkan Sijil Perakuan Akreditasi daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan masih sah semasa tarikh memohon;
  6. Bagi pelajar dengan kelayakan yang berbeza, perlu mendapatkan pengesahan daripada jabatan atau agensi yang telah disebutkan sebelum ini;
  7. Tempoh pengajian yang masih berbaki semasa membuat permohonan tidak boleh kurang daripada satu (1) tahun;
  8. Tiada penaja lain yang menyokong;
  9. Anda telah membuka akaun SSPN-i.

Cara Permohonan PTPTN

Bagi anda yang belum mempunyai akaun PTPTN, anda boleh melakukan permohonan PTPTN dahulu, berikut adalah langkah cara mendaftar PTPTN yang boleh anda rujuk:

  1. Kena bukak akaun SSPN-i dulu kat mana-mana cawangan Agrobank, Maybank, Bank Islam, Bank Rakyat, ke cawangan PTPTN untuk dapat nombor akaun SSPN-i.
  2. Lepas tu, kena beli nombor PIN PTPTN kat mana-mana kaunter BSN dengan nilai RM5 je. Simpan baik-baik nombor PIN ni untuk guna masa buat permohonan online. Tempoh sah nombor PIN ni selama 6 bulan dari tarikh beli.
  3. Lepas tu, boleh daftar permohonan online, cara daftar ptptn online kat laman web rasmi PTPTN. Ingat, laman web tu boleh browse guna Internet Explorer versi 8 atau Mozilla Firefox versi 2 ke atas je.
  4. Lepas siap buat permohonan online, boleh semak status permohonan untuk tengok layak dapat pembiayaan PTPTN ke tak.
  5. Kalau permohonan berjaya, kena bukak akaun simpanan bank ikut panel bank yang PTPTN tetapkan sebab pinjaman akan masuk terus ke bank tu.

Selepas korang buat permohonan, semak dibawah untuk cara bayar ptptn guna myptptn atau JomPAY.

Cara Bayar PTPTN Online dengan JomPAY

JomPAY ni memang senang gila, boleh bayar pinjaman PTPTN dengan mudah melalui online banking.

Tak perlu pening-pening nak cari tempat bayar, boleh buat semua kat rumah je.

Jadi, mari aku tunjukkan langkah-langkahnya supaya korang pun boleh praktis dengan cara bayar PTPTN guna apps JomPAY ni.

Langkah 1:

Menu PTPTN
Menu PTPTN

Langkah 2:

  • Masukkan nombor kad pengenalan peminjam/pendeposit
Masukan No Kad Pengenalan
Masukan No Kad Pengenalan

Langkah 3:

  • Paparan akan menunjukkan maklumat rujukan JomPAY peminjam/pendeposit
  • Biller Code dan Ref-1 berbeza mengikut produk Pinjaman (Konvensional), Pinjaman (Ujrah), Simpan SSPN Prime dan Simpan SSPN Plus
Nombor Biller Code
Nombor Biller Code

Langkah 4:

Menu Web Maybank2u
Menu Web Maybank2u

Langkah 5:

  • Selepas log masuk, klik pada menu “PAY & TRANSFER”
Klik Menu Pay & Transfer

Langkah 6:

  • Klik “JomPAY” pada Ruang Pay To
Cara Bayar PTPTN Online
Klik JomPAY pada Ruang Pay To

Langkah 7:

  • Masukkan nombor Biller Code. Rujuk pada paparan Langkah 3
  • Klik menu “Press Enter”
Masukan Biller Code
Masukan Biller Code

Langkah 8:

  • Masukkan maklumat Ref-1, Ref-2 dan amaun bayaran/deposit. Rujuk pada paparan Langkah 3
  • Klik pada ikon “radio button” untuk terma dan syarat (Terms and Conditions)
  • Klik pada butang “PAY”
Masukan Maklumat Ref-1, Ref-2 dan Amaun Bayaran
Masukan Maklumat Ref-1, Ref-2 dan Amaun Bayaran

Langkah 9:

  • Klik butang “Request” untuk mengesahkan bayaran
Klik Butang Request
Klik Butang Request

Langkah 10:

  • Notifikasi bagi pengesahan bayaran akan dihantar melalui aplikasi M2U MY
Notif Pengesahan M2U MY
Notif Pengesahan M2U MY

Langkah 11:

  • Paparan transaksi yang telah BERJAYA
Paparan Transaksi Berjaya
Paparan Transaksi Berjaya

Itulah cara bayar PTPTN guna JomPAY Maybank2u yang boleh anda rujuk dan ikuti.

Video

Sekiranya anda belum paham dengan cara bayar PTPTN online diatas, anda boleh tengok video cara bayar PTPTN online dengan JomPAY dibawah:

Jadi, itu dia untuk langkah demi langkah cara bayar PTPTN online dengan JomPAY yang boleh anda ikuti.

Dengan panduan langkah demi langkah yang telah diberikan, anda dapat memanfaatkan kemudahan ini untuk membuat pembayaran dengan mudah dan pantas, di mana-mana dan pada bila-bila masa yang sesuai dengan anda.

Bayaran PTPTN online juga membantu anda menjimatkan kos dan masa, serta memberi kebebasan kepada anda untuk menguruskan kewangan anda dengan lebih efisien.

Sekian, terima kasih kerana membaca cara bayar PTPTN online ini dan semoga ia bermanfaat untuk anda.

Maul

Hi semua! Saya Maul. Suka explore dunia teknologi, especially smartphone, graphic design, troubleshoot, dan cara-cara sim kad, atau nak optimize gadget. Aku ni pro dalam mengenal pasti best apps dan features, selalu update dengan latest models dan OS. Graphic design pulak, aku talented dalam Adobe Suite, from Photoshop to Illustrator, create amazing visuals memang my passion! Bila ada masalah dgn gadget, aku la superhero yang datang tolong. Aku mahir dalam cara-cara optimize gadget, seperti battery saving tips, performance tweaks, dan even cleaning up storage. Boleh la cari aku kalau ada masalah dgn gadget, kita kongsi ilmu sama-sama! 😊

    Artikel Terkait