5 Langkah Mudah Cara Buat Online Banking Bank Islam

Maul December 2, 2024

Cara buat online banking Bank Islam bukan perkara yang sukar dilakukan, korang boleh buat banking Bank Islam dengan mudah dan cepat.

Banyak kelebihan yang amat membantu melalui perbankan internet membuatkan pelanggan teringin untuk mendaftar dan mengaktifkan perbankan internet dengan segera.

Baca artikel ini sepenuhnya untuk mengetahui cara daftar online banking bank islam yang betul.

Apa itu Online Banking Bank Islam?

Online banking ialah satu perkhidmatan perbankan elektronik yang membenarkan anda membuat transaksi perbankan melalui internet.

Contohnya, dengan mobile banking Bank Islam, anda boleh transfer wang, bayar bil, semak baki akaun, dan banyak lagi tanpa perlu pergi ke mesin ATM atau ke cawangan bank.

Ia memudahkan urusan kewangan anda dengan lebih pantas dan mudah!

Syarat untuk Mendaftar Online Banking Bank Islam

Kalau nak daftar internet banking Bank Islam, ada beberapa syarat yang kena patuhi, macam ni:

  • Kena ada kad Debit/kad ATM Bank Islam tu.
  • Kena dah 18 tahun ke atas.
  • Kena ada kad ATM/kad Debit dan nombor PIN.
  • Jenis akaun individu/perseorangan punya kena ada.

Cara Buat Online Banking Bank Islam dengan Betul

Macam bank-bank lain, Bank Islam pun ada ciri-ciri perbankan internet.

Dengan dengan e banking Bank Islam, kita tak perlu beratur panjang nak buat transaksi macam transfer duit atau cek baki akaun.

Lepas daftar dan ada akaun sendiri, semua urusan perbankan boleh dilakukan dengan telefon pintar je.

Bila bukak laman web Bank Islam, ada dua menu utama iaitu menu untuk login dan menu untuk register (untuk pengguna baru).

Korang kena ikut langkah-langkah di bawah ni:

1. Buka laman web rasmi Bank Islam di https://www.bankislam.biz/

2. Klik pada “FIRST TIME USER” dalam menu utama.

cara buat online banking bank islam
Klik FIRST TIME USER

3. Baca Terma dan Syarat, kemudian centang dan klik continue.

Imej Centang dan Klik Continue
Centang dan Klik Continue

4. Kemudian klik “Bank Islam Debit Card-i” dan klik continue.

Imej klik Bank Islam Debit Card-i dan klik continue
klik Bank Islam Debit Card-i dan klik continue

5. Kemudian, sila masukkan 16 digit nombor ATM atau Debit anda di dalam ruangan yang disediakan,

Imej Masukan Nombor ATM dan PIN
Masukan Nombor ATM dan PIN

6. Selepas itu, buat ID pengguna, kata laluan dan butiran lain yang diminta pada skrin.

Imej Buat ID Pengguna
Buat ID Pengguna

7. Sahkan maklumat yang anda masukkan dan klik pada butang “confirm”

8. Tahniah! Anda telah berjaya mendaftar online banking Bank Islam.

Keuntungan Daftar Online Banking Bank Islam

Dengan cara nak buat online banking Bank Islam, terdapat beberapa keuntungan yang dapat anda nikmati seperti berikut:

  • Mudah dan selesa untuk melakukan transaksi perbankan
  • Beroperasi selama 24 jam sehari, 7 hari seminggu
  • Tiada lagi perlu beratur panjang di ATM atau cawangan bank
  • Transaksi lebih pantas dan selamat
  • Boleh guna internet banking Bank Islam transfer online
  • Boleh menyemak baki dan transaksi secara terus-menerus
  • Jimat masa dan kos yang dikeluarkan

Video

Sekiranya anda belum paham dengan cara buat online banking bank islam diatas, anda boleh tengok video cara buat online banking bank islam berikut:

Jadi, itu dia untuk cara buat online banking bank islam dengan mudah!

Dengan mengikuti cara buat online banking bank islam yang dinyatakan di atas, anda boleh mendapatkan akses mudah dan cepat.

Sekarang anda boleh mengakses akaun anda dari mana-mana sahaja dan menguruskan wang anda dengan lebih cekap.

Ingatlah untuk melindungi maklumat peribadi anda dan tidak memberikannya kepada orang yang tidak bertanggungjawab.

Jika anda mempunyai sebarang masalah semasa menggunakan perbankan dalam talian,

jangan ragu untuk menghubungi khidmat pelanggan Bank Islam untuk mendapatkan bantuan. Selamat mencuba!

Originally posted 2023-05-13 14:48:42.

Maul

Hi semua! Saya Maul. Suka explore dunia teknologi, especially smartphone, graphic design, troubleshoot, dan cara-cara sim kad, atau nak optimize gadget. Aku ni pro dalam mengenal pasti best apps dan features, selalu update dengan latest models dan OS. Graphic design pulak, aku talented dalam Adobe Suite, from Photoshop to Illustrator, create amazing visuals memang my passion! Bila ada masalah dgn gadget, aku la superhero yang datang tolong. Aku mahir dalam cara-cara optimize gadget, seperti battery saving tips, performance tweaks, dan even cleaning up storage. Boleh la cari aku kalau ada masalah dgn gadget, kita kongsi ilmu sama-sama! 😊

    Artikel Terkait