Cara Keluarkan Duit MAE Maybank tanpa Kad (Mudah & Praktikal)

Maul Mac 12, 2024

Cara keluarkan duit MAE Maybank kini lebih mudah tanpa menggunakan kad, anda hanya perlu scan barcode pada ATM.

Pernahkah anda mendengar tentang MAE Maybank? Platform kewangan digital ini semakin popular di kalangan pengguna di Malaysia. Salah satu kelebihan utamanya ialah kemudahan untuk menguruskan wang secara digital.

Bagaimana Cara Keluarkan Duit MAE Maybank? Di artikel ini, kami akan kongsikan dengan anda cara-cara keluarkan duit MAE Maybank. Mari kita lihat langkah-langkahnya.

Apa Itu ATM Cash-Out Maybank?

Salah satu ciri dalam aplikasi MAE ialah keupayaan untuk mengeluarkan wang tunai di ATM Maybank hanya menggunakan telefon pintar tanpa perlu menyentuh mesin ATM, kecuali apabila mengeluarkan wang tunai yang dikeluarkan.

Dengan ciri ini, anda boleh mengalami pengeluaran tunai yang tidak perlu menyentuh mesin ATM secara langsung melalui aplikasi MAE.

Siapa yang Boleh Gunakan Features Ini?

ATM Cash-out dapat digunakan oleh semua orang yang memiliki kad ATM Maybank dan sudah sedia muat turun aplikasi MAE.

Cara Keluarkan Duit MAE Maybank tanpa Kad

Berikut merupakan cara keluarkan duit MAE Maybank tanpa kad, sila ikuti langkah-langkahnya:

  • Buka aplikasi MAE Maybank Anda
  • Pada Home page pilih butang ATM Cash-Out
  • Masukkan PIN atau boleh juga gunakan Fingerprint
  • Kemudian, Anda perlu Set Preferred Amount pada Add Preffered Amount First Time
  • Selepas tu, Anda kena masukkan jumlah amount yang ingin anda keluarkan dan tekan done
  • Lepas tu Anda akan pilih dari akaun mana yang nak Anda guna.
  • Setelah siap, klik butang Confirm
  • Preferred Amount anda akan ditampilkan kat dekat menu ATM Cash-Out. Tekan pada amount RM50
  • Kemudian Arahkan camera handphone anda ke QR Code pada skrin ATM
  • Tekan Withdrawn Now
  • Tunggu sehingga proses berjaya. Seterusnya Status Withdrawal Succesfull, yang mana transaksi Anda dah berjaya di lakukan. Lepas tu Anda klik pada butang Done.
  • Pastikan Anda datangi ATM Maybank yang terdapat QR Code yang tertera.
  • Selesai, pengeluaran tanpa kad maybank anda berjaya.

Langkah-Langkah Keselamatan

  1. Pastikan kawasan di sekeliling anda tidak mempunyai orang dan skrin telefon anda tidak kelihatan kepada orang yang berdiri di belakang semasa membuka aplikasi MAE atau memasukkan PIN 6 digit aplikasi MAE.
  2. Sentiasa pastikan kehadiran fizikal anda semasa transaksi Pengeluaran Tunai ATM, termasuk proses pengeluaran.
  3. Hanya perlu mengimbas kod QR yang kelihatan di skrin ATM untuk membuat transaksi Pengeluaran Tunai ATM, dan elakkan mengimbas kod QR lain yang ada di ATM atau diperoleh dari tempat lain.
  4. Tidak perlu memberikan nombor akaun penerima semasa membuat transaksi Pengeluaran Tunai ATM. Jika diminta memasukkan nombor akaun, hentikan transaksi dengan serta-merta.
  5. Jika anda menerima Kata Laluan Sekali Guna (OTP) 6 digit melalui SMS untuk mengaktifkan ciri Pengeluaran Tunai ATM, walaupun ciri ini belum diaktifkan, segera hubungi hotline Pusat Pelanggan Kumpulan Maybank di 1-300-88-6688.
  6. Sekiranya anda menerima pemberitahuan transaksi Pengeluaran Tunai ATM melalui aplikasi MAE, walaupun anda tidak membuat transaksi, segera hubungi hotline Pusat Pelanggan Kumpulan Maybank di 1-300-88-6688.
  7. Pastikan telefon pintar anda dilindungi dengan PIN, corak atau biometrik dan elakkan daripada membiarkan telefon anda tanpa pengawasan atau berkongsi butiran log masuk keselamatan telefon anda dengan orang lain.

Dengan adanya kemudahan untuk menguruskan wang melalui MAE Maybank, proses pengurusan kewangan anda akan semakin lancar dan mudah.

Jangan lupa untuk mengikuti langkah-langkah yang telah kami kongsikan dalam artikel ini bagi memudahkan anda dalam mengeluarkan duit dari akaun MAE Maybank. Semoga artikel ini bermanfaat bagi anda!

Video

Sila lihat video ini supaya anda tidak keliru cara keluarkan duit MAE Maybank https://youtu.be/lymZomz2duo

Originally posted 2023-02-23 18:58:38.

Maul

Hi semua! Saya Maul. Suka explore dunia teknologi, especially smartphone, graphic design, troubleshoot, dan cara-cara sim kad, atau nak optimize gadget. Aku ni pro dalam mengenal pasti best apps dan features, selalu update dengan latest models dan OS. Graphic design pulak, aku talented dalam Adobe Suite, from Photoshop to Illustrator, create amazing visuals memang my passion! Bila ada masalah dgn gadget, aku la superhero yang datang tolong. Aku mahir dalam cara-cara optimize gadget, seperti battery saving tips, performance tweaks, dan even cleaning up storage. Boleh la cari aku kalau ada masalah dgn gadget, kita kongsi ilmu sama-sama! 😊

    Leave a Comment

    Artikel Terkait