Cara Pinjam SOS Topup UMobile (Cepat & Mudah)

Maul Februari 28, 2024

Cara Pinjam SOS Topup UMobile dapat dilakukan dengan mudah iatu dengan taip dail *118*3*7# dan pilih jumlah kredit yang dimahu.

Jika anda pengguna U Mobile dan sedang mengalami masalah kehabisan nilai, anda tidak perlu risau lagi.

Dengan ciri terbaru yang dikenali sebagai SOS Topup U Mobile, pengguna-pengguna U Mobile kini boleh meminjam nilai tambahan dengan lebih mudah dan cepat.

Dalam artikel ini, kita akan membincangkan secara terperinci mengenai cara hutang top up u mobile dan bagaimana ia dapat membantu anda dalam situasi-situasi kecemasan apabila anda memerlukan tambahan nilai dengan segera.

Apa Itu SOS Top Up U Mobile?

UMobile sos topup adalah satu ciri terbaru yang disediakan oleh U Mobile, sebuah syarikat telekomunikasi di Malaysia.

Ciri ini membolehkan pengguna-pengguna U Mobile untuk meminjam tambahan nilai prabayar apabila mereka kehabisan kredit secara tiba-tiba dan memerlukan nilai tambahan dengan segera.

Pengguna-pengguna U Mobile boleh meminjam nilai SOS Topup U Mobile dengan mudah melalui aplikasi MyUMobile atau melalui kod USSD pada telefon bimbit.

Nilai yang dipinjam akan dikreditkan semula ke akaun prabayar pengguna-pengguna U Mobile pada masa hadapan bersama dengan bayaran tambahan sebagai yuran pemprosesan.

Fungsi SOS Topup UMobile

SOS Top Up adalah perkhidmatan pinjaman daripada pengedar kad SIM jenama itu sendiri.

Jika anda meminjam melalui perkhidmatan ini, nilai yang dipinjam akan dikenakan ke atas bil anda untuk dibayar balik kepada penyedia perkhidmatan SOS Top Up apabila anda menambah kredit anda.

Tetapi selepas membayar pinjaman, anda masih boleh menggunakan semula perkhidmatan SOS Top Up ini.

Syarat SOS Topup UMobile

Terdapat beberapa syarat yang harus dipenuhi jika anda ingin menggunakan layanan SOS Topup UMobile, termasuk:

  • Pelanggan U Mobile yang masih lagi aktif
  • Tiada tunggakan bayaran (Telah bayar pinjaman kredit SOS Topup terdahulu jika ada)
  • Kredit semasa adalah tidak leihdari RM0, ataupun tidak memiliki kredit

Cara Pinjam SOS Topup UMobile

Sila ikuti langkah berikut untuk cara pinjam top up u mobile:

  • Dail *118*3*7#
Cara Pinjam SOS Topup UMobile
Cara pinjam pulsa u mobile
  • Kemudian pilih jumlah kredit yang anda mahu, termasuk RM1, RM3, RM5 dan RM10
Cara Pinjam SOS Topup UMobile
Cara pinjam kredit u mobile
  • Tunggu sekejap, anda akan mendapatkan pemberitahuan yang dihantar lewat SMS bahawa permintaan anda diluluskan/gagal
  • Selesai

Nota:

  • Tempoh Aktif Kredit bergantung pada jumlah kredit yang dipinjam
    • RM1 – 1 hari
    • RM3 – 3 hari
    • RM5 – 5 hari
    • RM10 – 10 hari
  • Caj transaksi untuk penghantar, iaitu yang beri pinjam ialah 50 sen
  • Caj transaksi untuk penerima, iaitu yang si peminjam ialah 20 sen

Cara Kembalikan Kredit SOS yang Dipinjam

Setelah anda pinjam, anda wajib mengembalikan kredit yang telah ditopup. Caranya hanya dengan mengisi semula baki kredit U Mobile anda, sama secara automatik akan terpotong.

Video

Jika anda masih keliru dengan penjelasan cara sos topup umobile, sila lihat penjelasan berikut https://youtu.be/tuvfl1TUecQ

SOS Topup U Mobile adalah pilihan yang tepat untuk pengguna-pengguna U Mobile yang memerlukan nilai tambahan dengan segera ketika mereka kehabisan kredit.

Walaupun ciri ini memudahkan pengguna untuk meminjam nilai tambahan, pengguna perlu mengambil perhatian bahawa nilai yang dipinjam perlu dibayar semula beserta yuran pemprosesan yang dikenakan.

Oleh itu, pastikan anda memahami terma dan syarat sebelum menggunakan ciri ini. Dengan adanya cara buat sos topup umobile, pengguna-pengguna U Mobile kini tidak perlu lagi risau ketika mereka kehabisan kredit dalam situasi-situasi kecemasan.

Originally posted 2023-02-14 12:09:30.

Maul

Hi semua! Saya Maul. Suka explore dunia teknologi, especially smartphone, graphic design, troubleshoot, dan cara-cara sim kad, atau nak optimize gadget. Aku ni pro dalam mengenal pasti best apps dan features, selalu update dengan latest models dan OS. Graphic design pulak, aku talented dalam Adobe Suite, from Photoshop to Illustrator, create amazing visuals memang my passion! Bila ada masalah dgn gadget, aku la superhero yang datang tolong. Aku mahir dalam cara-cara optimize gadget, seperti battery saving tips, performance tweaks, dan even cleaning up storage. Boleh la cari aku kalau ada masalah dgn gadget, kita kongsi ilmu sama-sama! 😊

    Leave a Comment

    Artikel Terkait