6 Cara Beli Tiket Wayang Online dengan Mudah

Maul Mac 14, 2024

Cara Beli tiket wayang boleh MBO, GSC, TGV, LFS Cinema, MMC Cinemas, dan Superstar Cinema boleh dilakukan secara online, berikut langkahnya.

Wayang merupakan salah satu hiburan yang popular di kalangan masyarakat Malaysia. Bagi peminat wayang, membeli tiket adalah perkara penting sebelum menonton filem kegemaran di pawagam.

Namun, terdapat pelbagai cara untuk membeli tiket wayang dan proses tersebut mungkin agak memeningkan kepala terutamanya bagi mereka yang baru pertama kali membeli tiket.

Oleh itu, artikel ini akan memberi panduan langkah demi langkah untuk memudahkan proses pembelian tiket wayang.

Jadi, jika anda ingin mengetahui cara-cara yang mudah dan cepat untuk membeli tiket wayang, teruskan membaca artikel ini!

Cara Beli Tiket Wayang Online

Untuk memudahkan anda membeli tiket supaya anda tidak beratur, pembelian tiket wayang boleh dibuat secara dalam talian.

Berikut cara beli tiket wayang online:

1. Cara Cara Beli tiket Wayang Online MBO

Tiket MBO boleh dibeli melalui apl maupun laman webnya, silakan ikuti langkah MBO booking online berikut:

  • Layari laman web MBO di https://mbocinemas.com/browsing/ atau download apl MBO Cinema di Playsotre maupun App Store
  • Log Masuk menggunakan akaun anda, jika anda belum punya sila register terlebih dahulu
  • Cari pawangan berdekatan atau pawagam pilihan anda dengan klik pada ikon Menu (garis tiga bertindih) dan klik Cinemas
  • Klik View Showtimes untuk melihat senarai filem yang sedang dimaikan
  • Pilih filem yang ingin anda lihat beserta waktu tayangan akan dipaparkan mengikut lokasi pawagam
  • Kemudian, anda perlu buat pilihan jenis tiket mengikut jumlah dan kategori yang ditawarkan seperti berikut :
    • Adult Standard
    • Child Standard
    • Single Pack (Adult Standard + Single Pack Combo Voucher)
    • Share Pack (Adult Standard + Share Pack Combo Voucher)
    • Share Pack Included Combo
    • Adult Couple
  • Selepas tu klik Continue untuk buat pilihan tempat duudk yang kosong
  • Seterusnya, semak pengesahan yang tertera dan klik Checkout.
  • Isikan butiran yang diperlukan secara lengkap dan klik Continue.
  • Pilih kaedah pembayaran yang anda inginkan, tandakan pada kotak terma dan syarat dan tekan Pay Now. Buat pembayaran sehingga selesai.
  • Proses pembelian tiket selesai.
Cara Beli Tiket Wayang MBO
Cara Beli Tiket Wayang MBO

2. Cara Beli tiket Wayang Online GSC

Tiket GSC boleh dibeli melalui apl maupun laman webnya, silakan ikuti langkahnya:

  • Anda boleh memuat turun aplikasi GSC Cinema dari Google Playstore atau Apple Store, atau melawat laman web GSC di pautan https://www.gsc.com.my/main/home untuk membuat tempahan tiket secara dalam talian.
  • Pelanggan baru perlu mendaftar atau Sign Up terlebih dahulu untuk membuat tempahan tiket secara dalam talian, jika sudah punya akaun sila log masuk.
  • Setelah anda log masuk, pergi ke laman utama dan pilih filem yang anda ingin tonton atau tekan ikon Carian untuk mencari filem pilihan anda.
  • Pilih pawagam berhampiran, tarikh dan waktu tayang wayang yang anda inginkan.
  • Kemudian, anda akan dibawa ke bahagian pemilihan tempat duduk. Pilih tempat duduk yang masih kosong dan tekan Pengesahan.
  • Kemudian, pilih jenis tiket seperti dewasa, kanak-kanak, OKU, warga emas atau pelajar dan tekan Pengesahan sekali lagi.
  • Selepas itu, anda boleh menambah pembelian makanan jika perlu atau terus ke proses pembayaran.
  • Semak semua maklumat pada laman Ringkasan dan pastikan semua betul sebelum tandakan pada Terma dan Syarat.
  • Akhir sekali, pilih kaedah pembayaran dan lengkapkan proses pembayaran hingga selesai.
  • Pembelian tiket GSC secara dalam talian selesai dan anda boleh semak pembelian tiket di Profile > My Tickets.
Cara Beli Tiket Wayang GSC
GSConline booking ticket

3. Cara Beli tiket Wayang Online TGV

Tiket TGV boleh dibeli melalui apl maupun laman webnya, silakan ikuti langkah booking tiket wayang online:

  • Anda boleh memuat turun aplikasi TGV Cinema dari Google Playstore atau Apple Store, atau melawat laman web TGV di https://www.tgv.com.my/.
  • Log masuk ke akaun anda. Jika anda baru membeli tiket kali pertama, anda perlu mendaftar akaun terlebih dahulu.
  • Pilih filem-filem yang ingin ditonton di laman utama atau cari filem pilihan anda di bahagian Carian.
  • Untuk membuat tempahan tiket, pilih pawagam TGV berdekatan dengan mengklik pada ikon Pawagam.
  • Kemudian, akan dipaparkan senarai filem, tarikh dan waktu mengikut lokasi pawagam yang anda pilih.
  • Tetapkan tarikh dan hari tayangan pada bahagian atas untuk membuat tempahan.
  • Kemudian, pilih masa tayangan bagi filem yang anda ingin tonton.
  • Sekiranya anda mempunyai akaun TGV, log masuk dengan akaun anda. Jika anda ingin mendaftar sebagai ahli, tekan butang Sertai Sekarang.
  • Setelah memilih pawagam dan waktu tayangan filem, anda perlu memilih tempat duduk yang masih kosong atau belum ditempah.
  • Setelah itu, klik butang Lanjutkan. Anda akan diarahkan ke bahagian Pilih Jenis Tiket untuk memilih jenis tiket mengikut kategori dan harga tiket yang disenaraikan. Klik butang Lanjutkan.
  • Seterusnya, anda boleh menambah makanan atau minuman yang ditawarkan oleh TGV.
  • Klik butang Lanjutkan untuk meneruskan pembelian. Semak semua butiran pembelian dan pastikan semuanya betul. Kemudian, klik Bayar Sekarang.
  • Pilih kaedah pembayaran yang ingin anda gunakan dan lengkapkan proses pembayaran hingga selesai.
  • Pembelian tiket anda dianggap berjaya jika status pembelian tiket dipaparkan.
Cara Beli Tiket Wayang TGV
Cara Beli Tiket Wayang online TGV

4. Cara Beli tiket Wayang Online LFS Cinema

Tiket LFS Cinema boleh dibeli melalui apl maupun laman webnya, silakan ikuti langkah untuk dapatkan LFS online ticket:

  • Untuk membeli tiket wayang secara online, anda perlu mendaftar sebagai ahli di laman web www.lfs.com.my.
  • Jika anda sudah mendaftar, log masuk ke akaun anda.
  • Pilih ‘Quick Book’ dan tentukan tarikh, tajuk filem, lokasi pawagam, waktu tayangan dan tempat duduk yang diinginkan.
  • Setelah itu, lengkapkan maklumat pembayaran pada sistem e-ticketing untuk mengesahkan tempahan.
  • Selepas pembayaran selesai, anda akan menerima e-mel pengesahan tempahan tiket wayang, yang termasuk nombor tempahan dan ID.
Cara Beli Tiket Wayang LFS
LFS cinema booking

5. Cara Beli tiket Wayang Online MMC Cinemas

Tiket MMC Cinemas boleh dibeli melalui apl maupun laman webnya, silakan ikuti langkahnya:

  • Muat turun apl MMC Cinema di Playstore atau App Store
  • Pilih lokasi MMC Cinemas yang anda kehendaki
  • Pilih filem dan showtimes yang sesuai dengan masa lapang anda
  • Tetingkap pops up akan muncul, sila klik OK
  • Masukkan jumlah tiket yang anda mahu dan klik Next
  • Pilih seats dan klik Next
  • Masukkan detil Nama, emel dan klik Next
  • Anda akan dibawa pada menu payment
  • Selesaikan payment dan transaksi berjaya

6. Cara Beli tiket Wayang Online Superstar Cinema

Tiket Superstar Cinema boleh dibeli melalui apl maupun laman webnya, silakan ikuti langkahnya:

  • Layari laman web SuperStarcinema
  • Pilih filem yang ingin anda lihat
  • Pilih lokasi dan showtimes
  • Kemudian akan muncul pops up, bagi pelanggan sedia sila langsung log masuk
  • Pilih jumlah tiket dan seat kemudian klik Next
  • Isi Nama, emel dan mobile, jangan lupa juga tick T&C
  • Anda akan dibawa pada menu payment
  • Selesaikan payment dan transaksi berjaya

Cara Beli Tiket Wayang di kaunter

Berikut adalah cara-cara untuk membeli tiket wayang di kaunter:

  • Pilih filem dan waktu tayangan yang diingini.
  • Pergi ke kaunter tiket di pawagam pilihan anda.
  • Beritahu staf di kaunter filem yang anda ingin tonton, waktu tayangan dan bilangan tiket yang diperlukan.
  • Staf kaunter akan memberi maklumat tentang harga tiket dan tempat duduk yang masih tersedia.
  • Bayar untuk tiket yang diperlukan dengan menggunakan wang tunai atau kad kredit.
  • Staf kaunter akan memberi tiket kepada anda selepas bayaran selesai.
  • Simpan tiket anda dengan baik dan pastikan anda tiba di pawagam pada masa yang ditetapkan sebelum waktu tayangan bermula.

Dengan mengikuti langkah-langkah ini, anda akan dapat membeli tiket wayang di kaunter dengan mudah dan cepat. Selamat menonton!

Video

Sekiranya anda masih keliru tentang cara beli tiket Wayang secara dalam talian, sila lihat video ini.

Demikianlah beberapa cara mudah untuk membeli tiket wayang secara online melalui aplikasi atau laman web rasmi pawagam seperti GSC Cinema, TGV Cinema dan LFS Cinema.

Dengan membeli tiket secara online, anda dapat mengelakkan dari keperluan untuk beratur panjang dan menjamin tempat duduk yang diinginkan. Selamat menonton!

Originally posted 2023-03-02 17:37:59.

Maul

Hi semua! Saya Maul. Suka explore dunia teknologi, especially smartphone, graphic design, troubleshoot, dan cara-cara sim kad, atau nak optimize gadget. Aku ni pro dalam mengenal pasti best apps dan features, selalu update dengan latest models dan OS. Graphic design pulak, aku talented dalam Adobe Suite, from Photoshop to Illustrator, create amazing visuals memang my passion! Bila ada masalah dgn gadget, aku la superhero yang datang tolong. Aku mahir dalam cara-cara optimize gadget, seperti battery saving tips, performance tweaks, dan even cleaning up storage. Boleh la cari aku kalau ada masalah dgn gadget, kita kongsi ilmu sama-sama! 😊

    Leave a Comment

    Artikel Terkait