Cara Daftar Sim Card Baru Maxis (Cepat & Mudah)

Maul August 6, 2024

Cara Daftar Sim Card Baru Maxis dapat dilakukan dengan mudah, iaitu melalui aplikasi Hotlink Daftar yang dapat anda muat turun di Play store.

Pada zaman sekarang, memiliki telefon bimbit adalah suatu keperluan bagi kebanyakan orang.

Namun, untuk memastikan anda dapat terus berkomunikasi dengan mudah, anda perlu memastikan anda mempunyai sim card yang sah dan berdaftar dengan syarikat telekomunikasi.

Dalam artikel ini, kami akan membantu anda dengan memberikan panduan tentang cara daftar sim card baru Maxis.

Kami akan menerangkan syarat-syarat yang diperlukan, cara daftar dan perkara-perkara penting yang perlu anda ketahui sepanjang proses pendaftaran. Jadi, marilah kita mulakan dengan memastikan anda memiliki sim card yang sah dan dapat digunakan dengan selesa.

Syarat untuk Mendaftar

Syarat untuk mendaftar sim card maxis cukup mudah, termauk:

  • Berumur sekurang-kurangnya 12 tahun untuk mengaktifkan kad SIM Maxis
  • Anda mesti mempunyai kurang daripada 5 talian prabayar aktif dengan hotilink
  • Mempunyai kad pengenalan yang sah seperti MyKad, Pasport, iKad, MyPR, MyTentera & MyKas

Cara Daftar Sim Card Baru Maxis

Sila ikuti langkah-langkah berikut untuk dapat mengetahui cara nak aktifkan simkad maxis:

  • Muat turun aplikasi Hotlink Daftar pada Play Store maupun App Store
  • Buka Aplikasi Hotlink Daftar
Cara Daftar Sim Card Baru Maxis 1
Cara Daftar Sim Card Baru Maxis 1
  • Pilih salah satu, sesuai sim kad anda Maxis ataupun Hotlink
  • Klik Mulakan
Cara Daftar Sim Card Baru Maxis 2
Cara Mengaktifkan Sim Card Maxis
  • Scan Barcode yang ada pada belakang sim kad
Cara Daftar Sim Card Baru Maxis 3
Cara Aktifkan Sim Kad Maxis Baru
  • Kemudian, imbaskan kad pengenalan sah Anda
Cara Daftar Sim Card Baru Maxis 4
Cara Aktifkan SimKad Maxis Baru
  • Selepas itu, Isikan alamat, poskod, bandar dan negeri
Cara Daftar Sim Card Baru Maxis 5
Cara Daftar Sim Card Baru Maxis
  • Kemudian, ambil gambar diri anda
Cara Daftar Sim Card Baru Maxis 6
Cara Daftar Sim Card Baru Maxis
  • Tunggu pemberitahuan SMS pendaftaran berjaya
Cara Daftar Sim Card Baru Maxis 7
Cara Daftar Sim Card Baru Maxis
  • Selesai

Video

Sekiranya anda masih keliru dengan penjelasan di atas, anda boleh melihat video ini untuk lebih jelas.

Soalan Lazim

Selepas mengimbas kod QR; mesej yang muncul di skrin:
“Pengesahan SIM & nombor telefon gagal. Sila pergi ke mana-mana Store Maxis atau Hotlink untuk mendapatkan bantuan.”

Ikuti arahan dan imbas kod QR sekali lagi di ruang dengan cahaya yang cukup dan letakkan pek permulaan dengan kod QR di permukaan rata dan pastikan tiada silau pada gambar untuk melancarkan pengaktifan. Faktor lain mungkin disebabkan kerosakan kamera peranti atau kod QR kurang jelas.

Anda juga boleh mencuba menggunakan telefon pintar lain.

Jika isu ini berterusan, sila kunjungi Pusat Maxis atau Hotlink berdekatan bagi mendaftar SIM Hotlink anda.

Selepas mengambil gambar ID, butiran peribadi saya tidak dipaparkan seperti yang tertera di kad pengenalan saya.

Ikuti arahan dan ambil gambar ID anda sekali lagi di ruang dengan cahaya yang cukup dan letakkan ID anda di permukaan rata bagi melancarkan pengaktifan. 

Faktor lain mungkin disebabkan kerosakan kamera peranti atau cetakan pada ID anda tidak jelas.

Anda juga boleh mencuba menggunakan telefon pintar lain. 

Jika isu ini berterusan, sila kunjungi ke Pusat Maxis atau Hotlink berdekatan bagi mendaftar SIM Hotlink anda.

Apabila saya cuba mengimbas kod QR, tertera,
“Masih memproses pesanan dengan ID dan nombor yang sama. Sila cuba sebentar lagi.”

Anda mungkin baru sahaja selesai mendaftar Hotlink di aplikasi dan ia masih sedang diproses. Sila cuba selepas 30 minit untuk mendaftar SIM lain atau mendaftar sekali lagi. Jika isu ini berterusan, sila kunjungi Pusat Maxis atau Hotlink berdekatan bagi mendaftar SIM Hotlink anda.

Saya menerima dengan mesej ini,
“Anda telah mencapai bilangan maksima SIM prabayar.”

Mengikut peraturan MCMC Malaysia, setiap pelanggan hanya boleh mempunyai 5 talian prabayar aktif dengan Hotlink.
Anda mempunyai 2 pilihan:
1. Daftar prabayar di bawah pengguna lain
2. Tukar pemilikan prabayar sedia ada di mana-mana Pusat Maxis atau Hotlink, dan kemudian mendaftarkan prabayar baru sekali lagi.

Originally posted 2023-02-13 15:17:53.

Maul

Hi semua! Saya Maul. Suka explore dunia teknologi, especially smartphone, graphic design, troubleshoot, dan cara-cara sim kad, atau nak optimize gadget. Aku ni pro dalam mengenal pasti best apps dan features, selalu update dengan latest models dan OS. Graphic design pulak, aku talented dalam Adobe Suite, from Photoshop to Illustrator, create amazing visuals memang my passion! Bila ada masalah dgn gadget, aku la superhero yang datang tolong. Aku mahir dalam cara-cara optimize gadget, seperti battery saving tips, performance tweaks, dan even cleaning up storage. Boleh la cari aku kalau ada masalah dgn gadget, kita kongsi ilmu sama-sama! 😊

    Leave a comment

    Artikel Terkait