4 Langkah Cara Daftar FoodPanda Rider dengan Mudah

Maul September 10, 2024

Cara daftar foodpanda rider mudah je dilakukan, baca artikel secara penuh supaya korang memahi cara daftar foodpanda rider dengan betul!!

Assalamualaikum guys! Hari ni saya nak share dengan korang tentang Cara Daftar FoodPanda Rider.

Alright, sebelum kita teruskan, saya nak pesan sikit – jangan risau kalau korang tak pandai bahasa Inggeris, sebab foodpanda ni ada banyak rider yang cakap Bahasa Melayu je.

Jadi, kalau korang rajin dan berminat, insyaallah boleh cuba jadi rider jugak.

So, kalau korang nak cari side income atau nak cuba-cuba jadi rider, artikel daftar food panda rider ni memang sesuai sangat untuk korang!

Apa Itu FoodPanda Malaysia?

Foodpanda Malaysia tu basically adalah satu platform yang korang boleh guna untuk order makanan dari kedai-kedai yang ada dalam senarai vendor diorang.

Jadi, korang tak perlu keluar rumah pun boleh dapatkan makanan yang korang nak.

Senang je nak guna foodpanda ni. Korang just perlu download app foodpanda, pastu pilih kedai yang korang nak order dari menu dalam app tu.

Lepas dah pilih, bayar je dengan cara yang korang suka – boleh guna kad kredit atau bayar tunai masa rider hantar makanan korang.

Tapi best part foodpanda ni, selain korang boleh order makanan, korang juga boleh jadi rider foodpanda sendiri.

Jadi kalau korang ada motor atau kereta sendiri, boleh cuba jadi panda rider ni sebagai side income.

Foodpanda ni popular sangat sebab dia ada banyak vendor dalam senarai dia, jadi korang boleh pilih banyak jenis makanan dari pelbagai kedai.

Dan yang lagi best, foodpanda ni ada delivery service yang memang terbaik. Selalu punya cepat hantar makanan sampai ke pintu rumah kita!

So, kalau korang tak tahu nak makan apa, atau malas nak keluar rumah, boleh la try guna foodpanda ni. Memang mudah dan praktikal sangat!

Syarat Daftar FoodPanda

Sebelum korang tahu Cara Daftar FoodPanda Rider, korang juga mesti tahu syarat kelayakan untuk jadi rider foodpanda. Berikut kami senaraikan syarat kelayakan jadi rider foodpanda:

  • Memiliki umur 18 tahun atau lebih
  • Memiliki Warga Negara Malaysia
  • Memiilki motosikal dengan lesen sah (sekurang-kurangnya lesen P) *tidak tertakluk kepada walker
  • Memiliki telefon pintar yang boleh digunakan secara normal, sekurang-kurangnya iPhone 4s atau Android 4.2 keatas
  • Memiliki akaun bank atas nama sendiri

Cara Daftar FoodPanda Rider

Ramai orang bertanya macam mana cara register foodpanda, Berikut kami kongsikan cara daftar foodpanda rider untuk korang:

  • Layari laman resmi foodpanda pada https://rider.foodpanda.my/
  • Masukkan bandar korang dan kenderaan korang (korang boleh pilih halal ataupun non halal) kemudian tekan hantar
Masukkan Bandar dan Kenderaan
Masukkan Bandar dan Kenderaan
  • Isikan maklumata yang diperlukan
    • Nama penuh korang
    • Nombor telefon aktif
    • Emel yang sah
    • Jawab soalan yang ada
Isikan Maklumat
Isikan Maklumat
  • Jangan lupa baca dasar privasi, selepas tu tick pada ruang yang disediakan dan tekan hantar
Baca Dasar Privasi dan Tick Kolom
Baca Dasar Privasi dan Tick Kolom
  • FoodPanda akan hantar sms kat kau minta datang pejabat dorang untuk dengar taklimat khas.
  • Dorang akan tunjuk cara-cara nak handle order dan buat penghantaran makanan dalam sesi praktikal.
  • Kalau tak ada masalah, lepas habis sesi praktikal tu, kau dah boleh jadi penghantar makanan FoodPanda.
  • Lepas habis semua tu, kau kena daftar dan dapatkan id dan password untuk aplikasi FoodPanda.
  • Pastu, kau boleh dapat mechandise FoodPanda macam t-shirt pink, beg panas dan beg FoodPanda.
  • Lepas dah dapat semua tu, besoknya kau dah boleh jadi penghantar makanan FoodPanda!

Itulah Cara Daftar FoodPanda Rider yang boleh korang coba!

Gaji Rider FoodPanda

Gaji jadi rider FoodPanda di Malaysia ni bergantung pada bermacam-macam faktor, contohnya macam tempat dan masa kerja.

Kalau di bandar-bandar besar macam KL atau JB, gaji rider ni memang boleh cecah RM3000 sebulan.

Tapi kalau kat tempat yang kurang padat macam kampung-kampung, gaji rider ni mungkin lebih rendah dari tu.

Selain gaji, rider FoodPanda ni boleh dapat duit tambahan dari tips yang diberikan oleh pelanggan.

Tips ni memang boleh naikkan pendapatan rider tu lebih banyak lagi.

Rider FoodPanda dapat gaji setiap minggu pada hari Selasa. Pada awal-awal kerja, gaji rider ni dalam lingkungan RM5 hingga RM6 sejam.

Lepas dah kerja selama 3 bulan, gaji rider akan naik dari RM6 hingga RM7 sejam. Bila dah cukup 6 bulan kerja, gaji rider akan naik lagi dari RM7.50 hingga RM8.50 sejam.

Selain gaji, rider FoodPanda juga boleh dapat tips sebanyak RM3 untuk setiap delivery.

Tips ni memang boleh naikkan pendapatan rider ni lebih banyak lagi. So, kalau rider ni rajin dan gigih sikit, memang boleh la dapatkan duit yang lebih banyak setiap minggu.

Tapi kena ingat, kerja jadi rider ni memang kena rajin dan gigih sikit.

Kau kena tahan panas hujan, kena pandai jalan-jalan cari jalan shortcut, dan kena rajin bawa motor atau kereta tu jalan-jalan.

Tapi kalau kau suka jadi penghantar makanan ni, dan nak cari side income sambil-sambil tu, memang boleh la cuba jadi rider FoodPanda ni.

Kelebihan Rider FoodPanda

setelah korang cara nak daftar foodpanda, korang mesti tahu dahulu kebaikan jadi rider foodpanda. Berikut kami senaraikan apa sahaja kebaikan rider foodpanda:

  • Banyak program dianjur khas rider
  • Boleh peroleh pengalaman baharu
  • Jadual bekerja yang fleksibiliti, korang boleh pilih untuk satu hari, sama ada mungkin syif pada tengah hari atau tengah malam untuk satu hari
  • Bonding kuat anrata para rider
  • Wujud program khas bersama komuniti macam Ride Amal
  • Semua rider dan walker foodpanda akan dilindungi dengan insurans PERCUMA sehingga RM100,000.
  • Layak menerima tambahan perlindungan PERKESO pada kadar istimewa

Itulah cara daftar FoodPanda rider di Malaysia. Sekarang kau dah tahu langkah-langkah yang perlu dilakukan untuk mendaftar jadi penghantar makanan FoodPanda dan dapatkan pendapatan tambahan sambil-sambil tu.

Ingat, jadi rider FoodPanda ni memang boleh memberikan duit tambahan yang lumayan, tapi kena juga gigih sikit dan pandai handle kerja-kerja penghantaran.

Jangan lupa juga, keselamatan dan kecukupan persiapan keselamatan semasa bekerja haruslah diberi perhatian.

Jangan risau, rider FoodPanda ni memang ada faedah-faedah yang best, macam gaji mingguan, tips, serta mechandise FoodPanda.

So, kalau kau berminat jadi rider FoodPanda, teruskan usaha dan cuba! Siapa tahu, ini boleh jadi sumber pendapatan tambahan yang bagus buat kau.

Originally posted 2023-04-12 12:30:38.

Maul

Hi semua! Saya Maul. Suka explore dunia teknologi, especially smartphone, graphic design, troubleshoot, dan cara-cara sim kad, atau nak optimize gadget. Aku ni pro dalam mengenal pasti best apps dan features, selalu update dengan latest models dan OS. Graphic design pulak, aku talented dalam Adobe Suite, from Photoshop to Illustrator, create amazing visuals memang my passion! Bila ada masalah dgn gadget, aku la superhero yang datang tolong. Aku mahir dalam cara-cara optimize gadget, seperti battery saving tips, performance tweaks, dan even cleaning up storage. Boleh la cari aku kalau ada masalah dgn gadget, kita kongsi ilmu sama-sama! 😊

    Artikel Terkait