3 Cara Instant Transfer BSN Online (Cepat & Mudah)

Maul Mac 11, 2024

Cara Instant Transfer BSN Online boleh dilakukan dengan 3 cara termasuk mengguna ATM, secara Online dan menggunakan Duitnow.

Pemindahan wang dalam talian semakin menjadi pilihan utama dalam kehidupan seharian kita.

Di Malaysia, Bank Simpanan Nasional (BSN) telah memperkenalkan perkhidmatan Instant Transfer yang membolehkan pengguna untuk memindahkan wang dengan pantas dan mudah tanpa perlu ke bank fizikal.

Dalam artikel ini, kami akan membincangkan cara instant transfer BSN online banking secara terperinci.

Jika anda ingin mengetahui bagaimana untuk memindahkan wang dalam talian dengan lebih mudah menggunakan perkhidmatan ini, teruskan membaca!

1. Cara Instant Transfer BSN Guna ATM

BSN online instant transfer boleh membuat pindahan wang ke bank lain seperti CIMB, Maybank, Bank Islam, dan lain-lain, pada bila-bila masa dengan menggunakan ATM atau ATM BSN dalam rangkaian MEPS untuk pemindahan segera.

Urus niaga ini sah secara langsung supaya penerima akan menerima wang dengan cepat. Had pemindahan harian mencecah RM30,000.

Untuk membuat transaksi segera di cawangan ATM BSN, anda boleh melakukannya antara jam 7 pagi hingga 11.45 malam.

Walau bagaimanapun, jika anda ingin membuat transaksi di ATM yang berada di luar cawangan, waktu operasi bermula dari jam 2 pagi hingga 11.45 malam.

  • Pergi ke ATM BSN terdekat
  • Masukkan kad ATM dan masukkan nombor PIN Anda degan betul
  • Pilih Menu Pindahan
  • Selanjutnya pilih Pindhan Segera (Wang)
  • Pilih Tekan untuk Teruskan
  • Masukkan jumlah yang hendak di transfer
Cara Instant Transfer BSN Online guna ATM
Cara Instant Transfer BSN Online guna ATM
  • Pilih Bank penerima Anda
  • Sila Masukkan nombor akaun penerima
  • Masukkan nombor Rujukan jika perlu
  • Nama penerima akan tertera pada skrin ATM
  • Sila sahkan butiran dan piilh “Tersukan” untuk melengkapkan transaksi
  • Transaksi Berjayaa
Cara Instant Transfer BSN Online guna ATM
Cara Instant Transfer BSN Online guna ATM
  • Simpan resit Anda untuk rujukan masa depan

2. Cara Instant Trasnfer BSN secara Online

Ramai yang bertanya tentang MyBSN online instant transfer tersedia atau tidak. Jawabannya adalah tidak. Walau bagaimanapun, hanya Interbank Giro (IBG) yang tersedia.

Ini bermakna anda boleh memindahkan wang ke akaun bank lain. Sebagai tambahan kepada pemindahan wang, anda juga boleh membayar kad kredit, insurans, dan pinjaman melalui perkhidmatan ini.

3. Cara Instant Transfer BSN Duitnow

Anda boleh menggunakan instant transfer BSN guna Duitnow, Berikut cara instant transfer BSN Online guna Duitnow:

  • Log Masuk ke MyBSN
  • Pilih menu Transfer
  • Kemudian pilih Interbank Fund Transfer
  • Selanjutnya pilih Duitnow
  • Pilih from Account, enter DuitNow ID, amount, Recipient Reference & Other Additional info.
  • Sahkan maklumat penerima dan masukkan One-Time Password (OTP) untuk pengesahan.
  • Transaksi Berjaya dengan status pemindahan Duitnow anda akan dipaparkan.

FAQ

Kalau nak transfer duit tapi kata unable to process your request kenapa tu? padahal duit dalam akaun cukup pun?

Sistem perbankan internet MyBSN berfungsi seperti biasa. Adalah disyorkan untuk cuba membuat pemindahan kembali dan jika ia masih tidak berfungsi, hubungi Pusat Perhubungan Pelanggan BSN di nombor 1300881900 untuk menyemak status akaun anda.

Boleh ke bayar kad kredit guna DuitNow?

Boleh

Ada cas atau kos tak apabila gunakan DuitNow?

Anda akan dikenakan caj RM 0.50 bagi setiap transaksi hantar wang melebihi RM 5,000.

Video

Jika masih keliru lihat video ini https://youtu.be/MeSFaM7DQkM

Dengan mempelajari cara Instant Transfer BSN Online, anda boleh memindahkan wang dengan cepat dan mudah tanpa perlu menghadiri bank fizikal.

Perkhidmatan ini amat memudahkan urusan kewangan anda dan menjimatkan masa serta tenaga anda. Oleh itu, mari gunakan kemudahan teknologi BSN instant transfer untuk memudahkan hidup kita.

Originally posted 2023-02-22 18:44:31.

Maul

Hi semua! Saya Maul. Suka explore dunia teknologi, especially smartphone, graphic design, troubleshoot, dan cara-cara sim kad, atau nak optimize gadget. Aku ni pro dalam mengenal pasti best apps dan features, selalu update dengan latest models dan OS. Graphic design pulak, aku talented dalam Adobe Suite, from Photoshop to Illustrator, create amazing visuals memang my passion! Bila ada masalah dgn gadget, aku la superhero yang datang tolong. Aku mahir dalam cara-cara optimize gadget, seperti battery saving tips, performance tweaks, dan even cleaning up storage. Boleh la cari aku kalau ada masalah dgn gadget, kita kongsi ilmu sama-sama! 😊

    Leave a Comment

    Artikel Terkait