Cara Aktifkan ShopeePay & SPayLater Malaysia

Maul March 14, 2024

Cara aktifkan shopeepay boleh dilakukan dengan cepat dan mudah. Artikel ini akan menjelaskan macam mana nak aktifkan shopeepay.

Jika anda pengguna setia aplikasi Shopee, pasti anda sudah tahu mengenai fitur pembayaran yang sangat praktis, iaitu ShopeePay.

Dalam artikel ini, kami akan membantu anda untuk memahami cara aktifkan ShopeePay agar anda dapat menikmati kemudahan dalam bertransaksi di aplikasi Shopee.

Banyak manfaat yang bisa anda dapatkan dengan mengaktifkan ShopeePay, termasuk diskon dan promo menarik. Jadi, simak terus artikel ini untuk mengetahui langkah-langkah aktivasi ShopeePay dengan mudah.

Apa Itu Shopeepay?

ShopeePay adalah ciri pembayaran dalam aplikasi Shopee yang membolehkan pengguna membuat pembayaran dengan mudah dan praktikal.

Dengan menggunakan ShopeePay, pengguna boleh membuat pembayaran untuk pembelian produk dalam aplikasi Shopee tanpa perlu meninggalkan aplikasi.

Di samping itu, pengguna juga boleh menikmati pelbagai promosi dan diskaun menarik yang hanya boleh didapati melalui ShopeePay.

ShopeePay juga menawarkan pelbagai ciri keselamatan seperti penyulitan data dan perlindungan kata laluan yang dapat memberikan rasa selamat dan selesa dalam membuat transaksi dalam talian.

Cara Aktifkan Shopeepay

Jika anda nak aktifkan shopeepay, sila ikuti langkah berikut:

  • Muat turun Aplikasi Shopee di Playstore maupun App Store
  • Buka Aplikasi Shopee
  • Pergi ke ikon ShopeePay (kotak berlogo dompet) pada homepage Shopee
  • Kemudian klik butang Activate ShopeePay
  • Masukkan butiran pribadi macam nama penuh anda dan nombor kad pengenalan yang sah
  • Selepas itu, buat PIN untuk pengesahan
  • Selesai, sekarang anda boleh membuat pembayaran menggunakan Shopeepay
Cara Aktifkan ShopeePay
Cara Aktifkan ShopeePay Malaysia

Cara Aktifkan Shopeepay Later

Semasa anda ingin berbelanja namun anda belum punya duit, anda boleh menggunakan ciri dari shopee ini, iaitu Shopeepay later.

Untuk boleh digunakan, anda harus mengaktifkannya terlebih dahulu. Sila ikuti langkah berikut cara nak aktifkan shopeepay later:

  • Buka Aplikasi Shopee Anda
  • Pada homepage klik butang Me yang berada pada kanan bahagian bawah
  • Kemudian klik SPay Later
  • Seterusnya klik butang Activate Now
  • Anda akan menerima kod pengesahan OTP melalui SMS, dan masukkan kod tersebut
  • Muat naik gambar kad pengelan anda bersama tambahan yang dipinta
  • Sistem akan membuat pengecaman wajah bagi pengesahan maklumat yang diberikan
  • Selesai, SPayLater anda berjaya di aktifkan
Cara Aktifkan ShopeePay Later
Cara Aktifkan ShopeePay Later

Cara Upgrade Akaun Shopeepay Premium

Setelah berjaya menyelesaikan proses yang diterangkan di atas, maka akaun Basic ShopeePay anda aktif dan sedia untuk digunakan.

Walaupun begitu, anda juga mempunyai pilihan untuk meningkatkan status akaun anda kepada Premium secara percuma, yang memberi anda pelbagai kelebihan seperti had transaksi yang lebih besar dan ciri lain.

Proses untuk menaik taraf akaun kepada status Premium agak mudah, iaitu dengan mengesahkan akaun melalui muat naik imej bahagian depan dan belakang MyKad.

Pengesahan ini hanya mengambil masa 24 jam dan selepas berjaya, akaun anda akan dinaik taraf secara automatik ke akaun Premium.

Dengan cara itu, anda boleh menikmati faedah yang lebih lengkap dan optimum apabila berurus niaga menggunakan ShopeePay.

Video

Lihat video ini jika anda masih kurang faham tentang cara aktifkan shopee pay https://youtu.be/SxYl9Qr2EAM

Sekarang anda tahu bagaimana cara aktif shopeepay dengan mudah dan praktikal.

Dengan mengaktifkan ciri pembayaran ShopeePay, anda boleh menikmati pelbagai faedah dan kemudahan dalam berurus niaga di aplikasi Shopee.

Di samping itu, ShopeePay juga menawarkan ciri-ciri keselamatan yang dapat memberikan rasa selamat dalam membuat transaksi dalam talian.

Jadi, jangan teragak-agak untuk mengaktifkan ShopeePay dan nikmati pengalaman membeli-belah yang lebih selesa dan menjimatkan di Shopee. Terima kasih kerana membaca artikel ini, semoga ia berguna untuk anda.

Maul

Hi semua! Saya Maul. Suka explore dunia teknologi, especially smartphone, graphic design, troubleshoot, dan cara-cara sim kad, atau nak optimize gadget. Aku ni pro dalam mengenal pasti best apps dan features, selalu update dengan latest models dan OS. Graphic design pulak, aku talented dalam Adobe Suite, from Photoshop to Illustrator, create amazing visuals memang my passion! Bila ada masalah dgn gadget, aku la superhero yang datang tolong. Aku mahir dalam cara-cara optimize gadget, seperti battery saving tips, performance tweaks, dan even cleaning up storage. Boleh la cari aku kalau ada masalah dgn gadget, kita kongsi ilmu sama-sama! 😊

    Leave a comment

    Artikel Terkait